Bukan Cinta Malaikat

filem 2017 arahan Aziz M. Osman

Bukan Cinta Malaikat ialah sebuah filem drama 2017 kerjasama dua negara, Malaysia dan Indonesia arahan Aziz M. Osman terbitan bersama Ace Motion Pictures dan Ganesa Perkasa Films. Ia dibintangi oleh Ashraf Muslim, Nora Danish, Fachri Albar dan Donita sebagai pelakon utama.[2][3] Ditayangkan di Indonesia pada 13 Julai 2017, filem ini menerima keluaran tayangan rasmi di Malaysia pada 25 Januari 2018.[2][4]

Bukan Cinta Malaikat
PengarahAziz M. Osman
Herdanous Larobu
Lakon layarAziz M. Osman
Herdanous Larobu
Cerita olehAziz M. Osman
Dihasilkan olehPuteri Lily Lokman
Mashal K.
Deeraj K.
Chandir Bagwandas
DibintangiAshraf Muslim
Nora Danish
Fachri Albar
Donita
Muzik olehJoseph S. Diafar
Syarikat
penerbitan
Ace Motion Pictures
Ganesa Perkasa Films
Diedarkan olehEmpire Film Solutions
Tarikh tayangan
13 Julai 2017 (Indonesia)
25 Januari 2018 (Malaysia)
Masa tayangan
105 minit
NegaraMalaysia
Indonesia
BahasaMelayu
Indonesia
BajetRM1.2 juta[1]
Pecah panggungRM 0.13 juta

Pada September 2018, Sinar Harian menyenaraikan Bukan Cinta Malaikat sebagai salah satu daripada 10 filem Malaysia dengan kutipan pecah panggung terendah 2018.[5]

Plot sunting

Mengisahkan tentang Dewi (Nora Danish) yang dibawa oleh neneknya, Suraya untuk ke Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi agar Dewi dapat melupakan kekasihnya, Adam (Ashraf Muslim). Suatu hari sewaktu di Madinah, satu insiden telah terjadi yang menyebabkan Dewi ditangkap pihak penguat kuasa. Bagaimanapun, Dewi berjaya membebaskan diri setelah dibantu seorang lelaki Indonesia bernama Reyhan (Fachri Albar), seorang sukarelawan Muslim Care yang berasal dari Bandung sedang bertugas di Wilayah konflik di Timur Tengah.

Dewi kembali ke kampung halamannya di Terengganu dan muncul Adam yang menagih cintanya kembali. Dewi pada mula keberatan tetapi akhirnya menerima Adam semula dan mereka berkahwin di pekan Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. Pada masa sama, Reyhan menyatakan hatinya yang sudah lama mencintai Dewi. Bermula dari situ, muncul pelbagai konflik dan kekeliruan yang akhirnya membawa kepada sebuah kejutan.

Seorang teman Reyhan dari zaman kanak-kanaknya, Aliyah (Donita) mengharapkan cinta Reyhan. Halangan demi halangan silih berganti demi menyatukan cinta di antara Dewi, Reyhan dan Adam.

Pelakon sunting

  • Nora Danish sebagai Dewi
  • Fachri Albar sebagai Reyhan
  • Ashraf Muslim sebagai Adam
  • Donita sebagai Aliyah
  • Dynas Mokhtar sebagai Tasya
  • Afidah Es sebagai Nenek Suraya
  • Dewi Irawan sebagai Bu Yanti
  • Joshua Pandelaki sebagai Pa Haryono
  • Dewi Amanda sebagai Amanda
  • Farali Khan sebagai Balqish
  • Salleh Mahmud sebagai Bashar
  • Hazlan Mohd Harun sebagai Dato Nasran
  • Tini Arshad sebagai Bidan
  • Khairul Akek sebagai Pembantu Bidan
  • Dato Rodzi Mansor sebagai Dato Radzi
  • Heliza Helmi sebagai Heliza
  • Iqbal Pakula sebagai Suami Aliyah
  • Edi Brokoli sebagai Teman Reyhan
  • Hj Abd Rahman sebagai Ketua AJK Masjid
  • Dr Fadhilah Ismail sebagai Polis Madinah
  • Tamer Mohamed Al-Jarrah sebagai Polis Madinah
  • Moath Suliman sebagai Polis Madinah
  • Omar Ahmad Al-Shorman sebagai Polis Madinah
  • Hamzah Ali Al-Jarrah sebagai Polis Madinah

Penerbitan sunting

Bukan Cinta Malaikat diarahkan bersama oleh Aziz M. Osman dan Herdanous Larobu yang turut menulis skrip dan mengolah cerita. Ace Motion Pictures dan Ganesa Perkasa Films mengendalikan urusan penerbitan, sementara Empire Film Solutions mengendalikan urusan pengedaran. Filem ini menjalani penggambaran pada Oktober 2016 dan beberapa lokasi penggambaran termasuk Makkah, Madinah, Arab Saudi; Bandung, Indonesia dan Terengganu, Malaysia.[6]

Filem ini menggabungkan pelakon dari Malaysia dan Indonesia.[6] Nora Danish yang sebelum ini berlakon dalam beberapa filem arahan Aziz, memegang watak sebagai Dewi. Ashraf Muslim yang memegang watak Adam, mengakui sukar untuk menggalas wataknya memandangkan ia jauh daripada perwatakan sebenar.[4] Pelakon Indonesia, Fachri Albar yang terkenal dengan peranan filem dan sinetron, memegang watak sebagai Reyhan, sukarelawan Muslim Care,[7] manakala Donita memegang watak sebagai Aliyah.[8][4]

Keluaran dan sambutan sunting

Bukan Cinta Malaikat dikeluarkan pada 13 Julai 2017 di Indonesia[9] dan pada 28 Januari 2018 di Malaysia. Treler rasmi filem ini dikeluarkan pada 24 Mei 2017 bersempena dengan sambutan bulan puasa Ramadan.[10] Majlis tayangan amal filem ini diadakan di MBO Starling Mall, Damansara dan dianjurkan oleh Akademi Remaja Islam Austime (Arisma).[11] Filem ini mendapat ulasan positif dari pengkritik filem. Shazryn Mohd Faizal, menulis untuk mStar Online mendapati impak dan momentum filem ini tidak membuahkan hasil seperti mana yang boleh dilakukan terutamanya untuk mengangkat imej wanita Islam di kaca mata kaum sejenisnya dan juga kaum lelaki sendiri.[12] Dalam ulasan untuk Kompasiana, Irvan Sjafari melihat Bukan Cinta Malaikat sebagai sebuah "filem dengan idea yang cemerlang, tetapi hasilnya tidak membuahkan hasil".[13][a]

Pada September 2018, Bukan Cinta Malaikat disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 filem Malaysia dengan kutipan pecah panggung terendah bagi tahun 2018 oleh Sinar Harian, bersama-sama Makrifat Cinta dan Hantu Wangan dan tujuh lagi filem.[5]

Kontroversi sunting

Pada 24 Januari 2018, Fimtab Unik Sdn. Bhd. memfailkan tuntutan saman terhadap pengarah filem ini, Aziz M. Osman yang didakwa menukar nama syarikat itu kepada syarikat miliknya, Ace Motion Pictures pada kredit tajuk semasa tayangan perdana Bukan Cinta Mailaikat di e@Curve, Mutiara Damansara.[14] Aziz juga mendakwa, beliau meminta salinan asal filem itu daripada pihak Fimtab untuk disunting bagi edisi Malaysia. Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Ampang.[14] Meskipun kontroversi tersebut, filem ini menemui penonton di pawagam sehari kemudian.[14]

Catatan sunting

  1. ^ Asal: "...film dengan gagasan yang brilian, tetapi penggarapannya berantakan."

Rujukan sunting

Nota kaki
Bibliografi

Pautan luar sunting