Bukan Kahwin Paksa (novel)

Bukah Kahwin Paksa ialah novel 2013 oleh penulis novel Malaysia, Syamnuriezmil. Novel ini diterbitkan pada tahun 2013 oleh Karystos Creative. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2020.[1]

Bukan Kahwin Paksa
PengarangSyamnuriezmil
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik, keluarga
PenerbitKarystos Creative
Tarikh penerbitan
September 2013
Jenis mediaCetakan (kulit keras)
Halaman627
ISBNISBN 9789671208403

SinopsisSunting

“Cinta tu, buta, pekak, bisu.” “Kenapa cakap macam tu pula?” “Kita tak nampak, kita boleh jatuh cinta, kita tak dengar pun kita boleh jatuh cinta, kita tak boleh bersuara pun, kita boleh jatuh cinta. So, cinta itu buta, pekak dan bisu. Tapi, cinta tak akan jadi cinta lagi bila hati mula bagi masalah.”

Setiap kisah ada pertemuan dan setiap pertemuan ada permulaan. Walaupun pelbagai cara permulaan sebuah pertemuan itu, kalau sudah jodoh… maka jodohlah ia! Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon.

Izz Rizqin mengorbankan cintanya kepada yang lebih berhak. Dia seorang yang memperjuangkan cinta dan sanggup berkorban demi cinta. Tapi, untuk berkorban dia perlu menerima calon isteri cadangan daddy dan mummynya.

Dara Safiya pula tidak percaya kepada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya. Oleh kerana itu, mama dan papanya bertindak untuk mencadangkan dia calon pilihan mereka. Tapi, Dara meletakkan syarat yang akhirnya mengenakan diri sendiri. Walaupun mereka menerima cadangan calon pilihan keluarga, bukan bermakna mereka kahwin paksa, kerana, masing-masing sudah jatuh cinta.

“Kita buat cerita baru, kita bina cinta baru… What say you?” “Then you get your answer…” “Jawapan?” “That I love you too…”. Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga mudah. Tapi untuk dicintai dengan orang yang kita cintai, itu cinta yang sukar diperoleh. Kecuali… kita mula mencintai untuk dicintai.

Keluaran dan legasiSunting

Bukan Kahwin Paksa dikeluarkan pada 2013 oleh Karystos Creative. Pada tahun 2020, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Lestary bermula 7 Januari di TV3, dibintangi oleh Kamal Adli dan Hannah Delisha.[2]

RujukanSunting

  1. ^ Bukan Kahwin Paksa by Syamnuriezmil Goodreads. Dicapai pada 24 Februari 2020.
  2. ^ Drama Bukan Kahwin Paksa (TV3) My Infotaip. Dicapai pada 24 Februari 2020.