Bukan Klon Bukan Duplikat

Bukan Klon Bukan Duplikat ialah novel kisah cinta yang ditulis oleh Haiza Najwa dan diterbitkan pada Mac 2008 oleh Creative Enterprise, penerbit yang terkenal untuk Majalah Gila-gila.

Bukan Klon Bukan Duplikat
Bukan Klon Bukan Duplikat
Bukan Klon Bukan Duplikat
Umum
PengarangHaiza Najwa
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
SubjekNovel
GenreKisah cinta
Penerbitan
PenerbitCreative Enterprise
Jenis media
Buku kulit nipis
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 978-983-893-848-8

Jalan cerita sunting

Bukan Klon Bukan Duplikat mengisahkan protagonis Wahida yang terperangkap dalam cinta tiga segi yang tidak pernah terlintas. Apatah lagi setelah diri bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang amat dicintainya sejak zaman remaja, dia terjerat dalam lingkaran cinta kali kedua. Bukan itu yang diminta, tetapi itulah yang terjadi. Dia tidak berlaku curang sekiranya Zul Mirza setia padanya. Menggangapnya sebagai isteri dan ibu kepada Zuriatnya yang perlu dikasihi, disayangi dan dilindungi. Dia sudah lama tidak diberikan peluang untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dalam erti kata yang sebenarnya. Zul Mirza menganggapnya tidak lebih sebagai perempuan simpanan. Namun simpanan juga 'mulia' kerana khidmatnya sering diperlukan dan sebagai isteri, sudah lebih tujuh tahun khidmat Wahida seolah-olah dilupakan dan haknya dinafikan. Kehadiran Inspektor Julian yang persis wajah suaminya mengembalikan kasih dan cinta Wahida yang telah pudar terhadap suaminya. Lelaki itu melimpahkan kasih yang tidak berbelah-bahagi kepada satu-satunya zuriat yang dipunyai. Lelaki itu juga mengajarnya membina keyakinan diri yang tinggi. Kemesraan antara kedua-duanya membekas dalam jiwa wanitanya lantas mengalir semula cinta yang telah mati. Curangkah dia jika faktor menjadi isteri yang diabaikan itu diambil kira? Kejamkah dia andai di hatinya telah tertutup untuk cinta seorang suami? Berdosakah jika menuntut fasakh itu menjadi sebahagian agenda masa depannya? Semua jari menuding mencari kesilapannya. Kerana menegakkan haknya, maka Wahida dipulau keluarga mertua. Kerana memelihara tali ukhwah, Wahida juga dinobatkan sebagai anak derhaka. Tiada siapa yang memihaknya kecuali Viktor, cinta hatinya. Dan Inspektor Julian juga! Wahida dihimpit dilema yang tidak berpenghujung, keresahannya juga tidak pernah menemui noktah.