Bukan Pi Mai Pi Mai

Bukan Pi Mai Pi Mai ialah sebuah siri drama televisyen komedi Malaysia 2022 arahan dan skrip oleh Sabri Yunus. Dibintangi oleh barisan pelakon asal sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, siri ini disiarkan di Astro Ria bermula 19 September 2022 sehingga 6 Oktober 2022.[1]

Bukan Pi Mai Pi Mai
GenreKomedi
Ditulis olehSabri Yunus
PengarahSabri Yunus
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Mim Hamzah" oleh Islah & The People
Lagu penutup"Mim Hamzah" oleh Islah & The People
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod12
Penerbitan
Penerbit eksekutifZaleha Ali
PenyuntingChris Khoo
LokasiGopeng, Perak, Malaysia
SinematografiMohd Shah Faizul Ibrahim
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
  • Porcupine Films
  • Heritage Movies
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal19 September 2022 – 6 Oktober 2022

Premis sunting

Seorang pemilik resort cuba memulihkan perniagaannya yang semakin merosot semasa wabak melanda dengan menawarkan pakej percutian yang berpatutan. Macam-macam perangai dan isu mereka perlu hadapi di resort itu.

Pelakon sunting

Pelakon undangan sunting

Penerbitan sunting

Pada Jun 2022, Sabri Yunus dalam satu temubual bersama Berita Harian mengumumkan bahawa barisan pelakon asal sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu termasuk beliau sendiri, akan kembali bersatu dalam Bukan Pi Mai Pi Mai.[3] Katanya:

"Ya, saya kumpulkan beberapa pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Tetapi, saya tidak buat cerita Pi Mai Pi Mai Tang Tu, sebaliknya saya buat drama bersiri Bukan Pi Mai Pi Mai. Cerita dibawa berbeza daripada Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Drama ini berkisar enam warga emas yang bekerja di sebuah resort. Bagaimanapun, saya kekalkan watak dan imej sama seperti dahulu. Nama watak juga hampir sama agar penonton dapat imbas memori sitkom yang dahulu,".[3]

Sabri menjelaskan, pada mulanya, beliau bukan mahu menghasilkan sitkom ini, sebaliknya telefilem biasa. Penggambaran dijalankan di sebuah resort di Gopeng, Perak pada April 2022.[3]

Ringkasan siri sunting

Musim Episod Tarikh siaran di Astro Ria
Episod pertama Episod terakhir
1 12 19 September 2022 6 Oktober 2022

Episod sunting

No. episod
keseluruhan
No. episod
musim
Tajuk Tarikh siaran pertama
11"Sebuah Bukit Sebutir Resort"19 September 2022
My Gopeng Resort baru dibuka dan diuruskan oleh Nita, Joey dan Adil. Pada hari temuduga terbuka mencari pekerja, mereka didatangi oleh pelbagai orang untuk mengisi kekosongan di resort baharu.
22"Jangan Pisahkan Kami"20 September 2022
Semua pekerja diminta membuat video promosi resort. Mereka didatangi pegawai dari rumah orang tua mencari ahli mereka yangg hilang.
33"Cinta Itu Anugerah, Berbahagialah"21 September 2022
Haji Dahlan berusia 70 tahun datang bersama Hawa 25 tahun untuk bercuti.
44"Ini Harta, Ana Yang Punya"22 September 2022
Mereka melarikan diri dari masalah dengan anak Haji Dahlan yang tidak merestui hubungan mereka.
55"Abang Pilih Yang Mana?"26 September 2022
Majood datang untuk menempah resort bagi menjalankan aktiviti bersama ahli persatuan Janda Malaysia. Pekerja resort semakin bersemangat untuk menyambut tetamu yang bakal hadir.
66"Bikin Biarlah Serupa Cakap"27 September 2022
Pihak pengurusan resort jemput seorang penceramah motivasi untuk menaikkan semangat pekerja mereka. Akhirnya penceramah itu melarikan diri akibat tidak tahan dengan kerenah mereka.
77"Aku Cuma Mahu Mati"28 September 2022
Seorang gadis India telah datang dan menyewa bilik. Dia kelihatan sangat misteri. Tanpa di duga, dia sebenarnya ingin membunuh diri.
88"Unggas Bernyanyi Di Rimba Sepi"29 September 2022
Seorang penulis sajak ingin bertenang dan menyiapkan sebuah sajak untuk bukunya. Dia mengambil kesempatan dengan menyuruh pekerja di resort menulis sajak untuknya.
99"Siapa Bunuh Artis Pujaan"3 Oktober 2022
Seorang pelakon pujaan ramai yang sedang popular datang untuk berehat setelah bekerja. Mereka menyangka bahawa dia telah membunuh diri apbila terjumpa mayatnya yang tidak bergerak.
1010"Folowers Dua Juta Di Resort Sebutir"4 Oktober 2022
Seorang YouTuber terkenal yang ramai pengikutnya di media sosial datang ke resort untuk dijadikan lokasi video mempromosi beberapa produk.
1111"Siapa Dulu Makan Garam?"5 Oktober 2022
Seorang lelaki Arab datang menempah bilik. Dia berkelakuan pelik kerana setiap hari dia akan masuk ke hutan dan mengupah Wan Seman untuk menjaganya.
1212"Show Must Go On"6 Oktober 2022
Seorang ejen pelancongan menempah bilik untuk membawa pelancong dari Korea. Dia juga meminta pihak resort menyediakan makanan tradisional Melayu dan persembahan kebudayaan di sebuah majlis.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Drama Bukan Pi Mai Pi Mai". My Infotaip. 17 September 2022. Dicapai pada 29 September 2022.
  2. ^ Norhayati Nordin (5 Jun 2022). "'Tak boleh dialog panjang, cakap ialah pun, cukuplah' - Sabri Yunus". Harian Metro. Dicapai pada 22 Disember 2022.
  3. ^ a b c Fatin Farhana Ariffin (11 Jun 2022). "Bukan Pi Mai Pi Mai pengubat rindu". Berita Harian. Dicapai pada 29 Oktober 2022.