"Bukan Propaganda" merupakan lagu nyanyian Syamsul Yusof dan Mawi yang dikeluarkan pada 14 Oktober 2016. Ia merupakan kolaborasi kedua mereka selepas lagu "Kalah Dalam Menang" dan juga lagu tema filem Desolasi yang ditayangkan pada 8 Disember 2016.

"Bukan Propaganda"
Single oleh Mawi dan Syamsul Yusof
daripada album OST Desolasi
Dilancarkan pada14 Oktober 2016 (Digital)
Dirakamkan pada2016
GenreHip hop, R&B, Nasyid
Panjang3:49 minit
SyarikatArteffects Sdn. Bhd.
PenulisSyamsul Yusof
PenerbitHafiz Hamidun
Kronologi Kronologi single Syamsul Yusof dan Mawi
""Kalah Dalam Menang"
(2016)"
"Bukan Propaganda" ""Menangislah"
(2018)"
"Bukan Propaganda" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penerbitan sunting

"Bukan Propaganda" menandakan kolaborasi kedua Syamsul Yusof dan Mawi selepas berjaya dengan lagu "Kalah Dalam Menang" yang dimuatkan dalam filem Munafik. Lagu ini dicipta dan ditulis oleh Syamsul dan diterbitkan oleh Hafiz Hamidun untuk Arteffects Sdn. Bhd.

Muzik video sunting

Muzik video untuk "Bukan Propaganda" diarahkan oleh Syafiq Yusof yang juga pengarah filem Desolasi. Ia berlatarkan warna putih menampilkan Syamsul Yusof dan Mawi berpakaian serba hitam dan duduk di atas kerusi, di tengah mereka terdapat sebuah televisyen yang memaparkan sedutan adegan filem Desolasi.

Format dan senarai runut sunting

  • Muat turun digital[1]
  1. "Bukan Propaganda" – 3:49

Tenaga kerja sunting

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 14 Oktober 2016[1] Muat turun digital
Media penstriman
Arteffects International

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Bukan Propaganda (From "Desolasi") - Single". iTunes Store (MY). Apple. 14 Oktober 2016. Dicapai pada 1 Mac 2017.

Pautan luar sunting