Bukit Gambir, Johor

Koordinat: 2°13′N 102°40′E / 2.217°N 102.667°E / 2.217; 102.667

Bukit Gambir (N2°12.723' E102°39.194') (Poskod 84800) merupakan bandar kecil di Daerah Tangkak, Johor, Malaysia. Ia terletak berdekatan dengan bandar Tangkak.

Bukit Gambir
Dewan Serbaguna Bukit Gambir
Dewan Serbaguna Bukit Gambir
Negara Malaysia
Negeri Johor
DaerahMuar Muar
Pentadbiran
 • Ahli Dewan Negeri Gambir Sahrihan Jani
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
84800
Kod kawasan06
Bukit Gambir

Ia terletak 25 kilometer dari Bandar Maharani, Muar. Dari Bukit Gambir ke pekan Gerisek sejauh 5 kilometer boleh terus ke Kundang Ulu di tebing Sungai Muar. Sebelum ke pekan Grisek, terdapat laluan ke Panchor untuk ke tol Pagoh, PLUS.

Pada awal tahun 2014, Bukit Gambir telah mempunyai plaza tol yang telah siap dibina pada pertengahan bulan Januari tahun ini untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol Tangkak dan plaza tol Pagoh.

Selepas keluar dari plaza tol Bukit Gambir, Johor, anda bolehlah menghala ke Sungai Mati dan seterusnya ke Bandar Diraja Bandar Maharani.

Di era tahun 60an hingga 70an, pekan Bukit Gambir dikenali sebagai pekan koboi kerana struktur kedainya yang seakan-akan penempatan Cow-boy.

Kini Bukit Gambir telah dinaiktaraf menjadi Bandar Baru Bukit Gambir. Kemudahan perbankan disediakan oleh CIMB Bank dan Bank Simpanan Nasional. Kemudahan untuk petrol disediakan oleh Petronas dan Shell.

Terdapat dua sekolah rendah iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chian Kuo dan Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Gambir. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir terletak lebih kurang 1 km menghala ke pekan Grisek dan Kundang Ulu.

Bukit Gambir dikelilingi beberapa buah kampung seperti berikut:-

1. Kampung Sungai Ekor. Sek. Men. Keb. Bukit Gambir berhampiran dengan kampung ini.

2. Kampung Sungai Bilah

3. Kampung Sungai Baru

4. Kampung Sungai Meriam

5. Kampung Sungai Rambai

6. Kampung Parit Jarum Laut

7. Kampung Parit Jarum Darat

8. Kampung Parit Haji Ideris

9. Kampung Parit Babok

10 Kampung Haji Riduan

11. Kampung Parit Turun

12. Sawah Ring

13. pusat serenti muar Pejabat Agensi AntiDadah Kebangsaan telah dibina di Kilometer 26 menghala ke Sengkang.

Ahli Dewan Negeri Gambir sunting

  1. Datuk Asojan Muniandy - BN-MIC - (2004-2018)
  2. Tan Sri Muhyiddin Yassin - PH-BERSATU - (2018-2020)
  3. Tan Sri Muhyiddin Yassin - PN-BERSATU - (2020-2022)
  4. Sahrihan Jani - BN-UMNO (2022-kini)

Lihat juga sunting

Pautan Luar sunting