Bukit Gasing terletak di Petaling Jaya,Selangor, Malaysia. Antara tempat yang berhampiran ialah Bukit Kerinchi, Jalan Gasing, Jalan Templer, Bandar Baru Petaling Jaya, Kampung Pantai Dalam, Pantai Dalam, Petaling Lama, Taman Bukit Angkasa dll.

Hutan simpan sunting

Penduduk berharap 52 hektar tanah milik kerajaan di situ agar diwartakan sebagai hutan simpan. Namun kerajaan tidak dapat menghalang pemaju swasta daripada melakukan pembangunan di tanah milik pemaju, tetapi haruslah mengikut pelan yang di tetapkan oleh DBKL.[1]

Bukit Gasing menjadi kawasan rekreasi kepada penduduk setempat . Pada waktu pagi dan petang, mereka berjoging dan mendaki bukit bersama ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan sebaya. Oleh itu, sebarang kerja pembangunan tanah di Bukit Gasing mendapat bantahan walaupun tanah itu milik persendirian.

Program Alam Flora Echo-EDU Leadership Camp Green Lung Legacy telah diadakan di Bukit Gasing 13 Mac 2012 . Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd. Zain Hassan dan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz turut hadir.Sebanyak 100 pokok hutan jenis Meranti Tembaga telah ditanam.

Tukar nama sunting

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bercadang untuk menukar nama Bukit Gasing di Lembah Pantai kepada Bukit Kerinchi bagi mengelakkan kekeliruan antara sempadan sebelah Petaling Jaya, Selangor. Menterinya Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjelaskan perkara itu akan dibincangkan dengan penduduk. Ahli parlimen Lembah Pantai ialah Nurul Izzah Anwar sejak 2008, tidak lagi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Adun Bukit Gasing sunting

Pada 20 Disember 2011, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing dari DAP, Edward Lee Poh Lin meninggal kerana penyakit kanser.[2]


Rujukan sunting