Bukit Kwong terletak di Rantau Panjang, Kelantan, kira-kira 2 km berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand. Kawasan yang berdekatan ialah Waeng Thailand, Felda Kemahang, Batang Merbau, Kampung ipoh, Kampung Gual, Bukit Nangka, Ayer Lanas, Kampung Gertak Nombor Tiga, Gual Kulim, Kampung Pusu Empat Puluh. Empangan Bukit Kwong membekalkan air tawar kepada penduduk di sekitarnya.

Bukit Kwong yang diteroka

Kawasan ini terletak di DUN Gual Periuk yang diwakili oleh Adun Mohamad Awang. Di sepanjang sempadan terdapat sebatang jalan raya dari Rantau Panjang ke Bukit Nangka , Ayer Lanas dan terus ke Jeli.

Penemuan bijih besi sunting

Aktiviti perlombongan bijih besi dijalankan Bukit Kwong khususnya di Kampung Gual Dalam, kira-kira 13 km dari Rantau Panjang. Kebanyakan tanah lombong dimiliki oleh penduduk tempatan. Ada penduduk yang sanggup menjual tanah-tanah itu pada harga RM120,000 seekar.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Kebun getah bertukar jadi lombong bijih besi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-31. Dicapai pada 2012-07-29.

Pautan luar sunting