Bukit Selambau merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di negeri Kedah, Malaysia. Ia terletak di dalam kawasan parlimen Merbok. Bukit Selambau jugak terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Sungai Petani dan terletak dalam daerah Kuala Muda.

Bukit Selambau
بوكيت سلمباو
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Kedah
Daerah Daerah Kuala Muda
Keluasan Tiada info

Ekonomi di Bukit Selambau adalah berasaskan perladangan dan pertanian.

Politik sunting

Dari 1995 hingga 2008, ADUN Bukit Selambau ialah V. Saravanan (BN-MIC).

Pada 2009, DUN Bukit Selambau mengadakan pilihan raya kecil sempena perletakan jawatan wakil rakyat parti PKR, V. Arumugam. Penamaan calon telah dilakukan pada 29 Mac 2009 dan tarikh diadakan pilihan raya ialah pada 7 April 2009. Seramai 15 orang calon daripada parti politik Barisan Nasional, Parti Keadilan Rakyat dan calon Bebas bertanding. Akhirnya, Parti Keadilan Rakyat (PKR-PR) mengekalkan kerusi ini melalui wakilnya S. Manikumar.