Bukit Tambun merupakan sebuah bandar makanan laut di Pulau Pinang. Bukit Tambun terletak 320 km dari Kuala Lumpur dan kaya dengan makanan laut. Bukit Tambun terletak di dalam kawasan parlimen Batu Kawan dan laluan utama ke Pulau Aman, Pulau Pinang dan Alma, Bukit Mertajam.

Persimpangan Bukit Tambun

Penduduk-penduduk dari Butterworth, Sungai Bakap dan Parit Buntar juga akan berkunjung ke sini untuk menikmati makanan laut sini. Bukit Tambun juga terletak di antara George Town dan Jawi di Pulau Pinang. Kaum majoriti di Bukit Tambun ialah Cina.

Di sini juga terdapat rumah 'gated' di Taman Tambun Indah. Ia juga merupakan pekan kedua selatan George Town sama dengan Bandar Bukit Mertajam. Bukit Tambun juga adalah sebuah pekan utama sekarang yang terletak di sempadan daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, Malaysia. Dia terletak berdekatan dengan Bukit Mertajam.

Plaza tol Bukit Tambun mempunyai jalan ke Simpang Ampat dan Batu Kawan. Tol Bukit Tambun juga akan dipilih orang Kulim bagi perjalanan balik ke Kulim, Kedah dari Selatan dan Ipoh. Bukit Tambun pun hanya 100 km sahaja ke Alor Setar.