Buku Heaven ialah sebuah buku eletronik yang diterbitkan di Malaysia pada 2012. Ia diterbitkan oleh Eyeroom editor & publisher dalam Bahasa Melayu. HEAVEN adalah i-Novel kelima dihasilkan oleh Maharatu Rafidah Mohamad yang diterbitkan oleh Eyeroom editor & publisher. Ia telah diterjemahkan ke dalam empat bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Itali, Bahasa Jerman, dan Bahasa Perancis. i-Novel ini telah memenangi HotSeller Love i-Novel 2013 oleh Eyeroom editor & publisher.

Heaven
Buku Heaven ialah sebuah buku yang diterbitkan oleh Eyeroom editor & publisher.
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
GenreCereka
Penerbitan
PenerbitEyeroom editor & publisher
Tarikh penerbitan
2012
Jenis media
Buku eletronik

Ringkasan sunting

i-Novel Heaven ini mengisahkan tentang Wasiat terakhir Tengku Johari kepada dua orang anaknya agar membawa cinta yang harus dimiliki dalam tempoh dua bulan itu membuatkan Tengku Jeffry menyedari bahawa pertunangannya dengan Puteri Ailee bukanlah berasaskan sebuah cinta.

Dalam pada masa yang sama, dia yang ingin membantu adiknya mencari cinta yang harus dimiliki itu, Imran yang juga seorang pensyarah yang sentiasa bersikap serius akhirnya menemukan dia dengan seorang gadis di sebuah Majlis Bertemu Jodoh yang bernama Sayalah, sedangkan nama sebenar gadis itu adalah Ratnasani.

Tengku Jeffry selalu menyakat Ratnasani malah Ratnasani juga turut menyakat Tengku Jeffry membuatkan mereka menyimpan perasaan masing-masing. Namun perhubungan mereka berdua dihalang oleh ibu Tengku Jeffry membuatkan Ratnasani membawa lari ke Korea dan menjadi seorang peniaga restoran yang berjaya. Ratnasani kembali semula ke Malaysia untuk menguruskan restoran baharunya itu terpaksa berdepan dengan Tengku Jeffry yang mana restoran miliknya di mana tempat Ratnasani bekerja dahulu berada tepat di hadapan restorannya.

Pelbagai insiden yang melibatkan mereka berdua bagi memajukan restoran mereka masing-masing sehinggakan mereka terpaksa bermalam di balai polis kerana bergaduh di tengah jalan yang membuatkan kesesakan lalu lintas. Dan akhirnya, setelah ibu Tengku Jeffry mengetahui rahsia Ratnasani bersama dengan suaminya, dia pun merelakan perhubungan tersebut.

Pautan luar sunting