Buku Kezaliman ialah Lost Logia yang terdapat dalam siri animasi fiksyen Magical Girl Lyrical Nanoha A's yang ditayangkan di ntv7 pada tahun 2007 di Malaysia. Siri anime ini terbahagi kepada 5 musim iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha, Magical Girl Lyrical Nanoha A's, Magical Girl Lyrical Nanoha Strikers, dan diikuti dengan Manga-nya yang lain iaitu, Magical Girl Lyrical Nanoha Vivid dan Magical Chronicle Lyrical Nanoha Force. Buku Kezaliman dicipta untuk mempelajari ilmu sihir. Master @ Tuan kepada Buku Kezaliman yang seterusnya ialah Yagami Hayate. Buku Kezaliman berada dalam bentuk sebuah buku tebal dengan corak yang cantik dikulitnya jikalau tidak diaktifkan. Jikalau diaktifkan, ianya mula terbuka dan bercahaya gelap. Buku Kezaliman memanggil Master-nya dengan gelaran My Mistress. Buku Kezaliman bertutur dalam Bahasa Jerman. Buku Kezaliman terbahagi kepada tiga, iaitu Buku Kegelapan, Buku Langit Malam dan Buku Langit Biru.

Buku Kezaliman
Watak 'Magical Girl Lyrical Nanoha A's'
Kemunculan pertama

Profil
Pencipta

Tidak Diketahui
Informasi
Sistem Magis

Sistem Ancient Belka
Master

Yagami Hayate,
Yagami Reinforce

Buku Kegelapan sunting

Pengenalan sunting

Buku Kegelapan yang dikenali sebagai Book Of Darkness, (闇の書 Yami no Sho, Ger. "Buch der Dunkelheit") ialah tinggalan Kerajaan Kuno Ancient Belka. Ianya menjadi tanggungjawab pihak Jabatan Angkasa Bureau untuk mengunci kebangkitannya demi keselamatan seluruh dimensi angkasa.

Kemunculan dan Sejarah sunting

 
Buku Kegelapan milik Yagami Reinforce Eins

Buku Kegelapan hanya muncul dalam Magical Girl Lyrical Nanoha A's. Ianya tersimpan rapi di rak buku rumah Keluarga Yagami. Hayate tidak pernah menyentuhnya. Buku Kegelapan sebenarnya diasaskan untuk mengumpul artifak dan teknologi. Ia juga untuk penyimpanan ilmu magis. Secara keseluruhannya, Buku Kegelapan sebenarnya digunakan untuk pembelajaran. Namun, setelah beberapa kali diturunkan ke pelbagai Master yang berbeza, Buku Kegelapan disalahgunakan untuk kepentingan diri Master itu sendiri. Pada episod 11, Hayate bangun dan mengambil alih tubuhnya. Dia bangun sebagai Master Buku Kegelapan sepenuhnya. Hayate membina semula sistem Guardian Knight dan memprogram keseluruhan Buku Kegelapan menjadi Buku Langit Malam dengan memperbaharui sistem Unison Device.

Asal usul Buku Kegelapan tidak diketahui, tetapi dikatakan buku ini dicipta semasa zaman Pemerintahan Kerajaan Kuno Ancient Belka. Ianya dicipta untuk menyimpan data-data pembelajaran mengenai ilmu sihir. Semasa itu Buku Kegelapan dikenali sebagai Tome of the Night Sky (夜天の書/夜天の魔導書) ataupun Buku Langit Malam. Buku ini mengandungi satu Program Pertahanan ataupun Defense Program yang dikenali sebagai Yagami Reinforce Eins. Setelah diturunkan kepada pelbagai Master yang berbeza, Program Pertahanan ini menjadi rosak dan Buku Langit Malam mula disalahgunakan. Apabila disalahgunakan, buku ini menjadi parasit yang menghisap kuasa Master-nya sedikit demi sedikit sehingga membawa kepada kematian. Dan ketika itu buku ini mula dikenali sebagai Buku Kegelapan.

Kewujudan dan pemilihan Yagami Hayate sebagai Master yang baru, menyebabkan seluruh kehidupan pada zaman kanak-kanaknya menjadi derita. Tanpa mengetahui sebabnya, Hayate menjadi lumpuh. Sebenarnya itu ialah perbuatan Program Pertahanan yang menghisap kuasa Hayate. Buku Kegelapan boleh dimusnahkan tetapi ianya akan bangun kembali dan mencari Master yang lain. Cara untuk menghentikan perbuatan jahat buku ini adalah dengan memprogramkan kembali ke bentuk yang asal, iaitu Buku Langit Malam.

Buku Kegelapan pernah bangkit pada tahun 0054 mengikut kalendar dunia Takamachi Nanoha. Pada ketika itu, Buku itu gagal dikawal oleh pihak Jabatan Angkasa Bureau. Pada insiden itu juga, Clyde Harlaown mengorbankan dirinya dengan meletupkan seluruh kapal angkasa dan dirinya terkubur bersama sama dengan Buku Kegelapan. Kemudian, kebangkitan kali kedua ialah pada tahun 0065, di mana pada masa itu Master-nya ialah Yagami Hayate. Seperti yang dikatakan, Hayate memprogram semula buku tersebut, dan ianya berjaya ditewaskan oleh Takamachi Nanoha, Fate Testarossa dan Master-nya sendiri, Hayate. Untuk menghentikan kebangkitan semula, Program Pertahanan tersebut, iaitu Yagami Reinforce Eins mengorbankan dirinya di akhir episod Magical Girl Lyrical Nanoha A's.

Fungsi sunting

Buku Kegelapan perlu diisi dengan Linker Core sebanyak 666 muka surat. Apabila diisi sebanyak 400 muka surat, Hayate hanya boleh mendengar bisikan Buku Kegelapan. Apabila 666 muka surat dilengkapkan, Hayate berupaya bergabung dengan buku ini. Hayate memasuki fasa Unison Device sekaligus boleh berhubung dengan Yagami Reinforce Eins melalui telepati.


Komponen Cara Berfungsi
Nama Buku Kezaliman
Sistem Guardian Knight Mereka mula wujud sebelum buku ini dilengkapkan. Mereka ialah sebahagian daripada buku ini. Tugas mereka ialah mengumpul Linker Core yang membekalkan Mana kepada buku ini. Mereka perlu mengumpulkan Linker Core sehingga 666 muka surat.
Master Program Master Program ialah kehendak Buku Kezaliman, (闇の書の意志 Yami no Sho no Ishi). Reinforce Eins ialah Master-nya apabila Hayate tidak bangkit secara keseluruhan. Eins bertanggungjawab untuk mengawal Mana dan Unison Device
Program Pertahanan Program Pertahanan boleh dijana semula. Ianya bertanggungjawab untuk melindungi Master dan juga isi kandungan Buku Kezaliman. Boleh diertikan sebagai back-up data.

Buku Langit Malam sunting

Pengenalan sunting

Buku Langit Malam ataupun The Tome of the Night Sky (夜天の書 Yaten no Sho, Ger. "Buch der Nachthimmel") ialah senjata jenis Storage Device iaitu digunakan untuk menyimpan data-data ilmu magis. Buku Langit Malam ialah sebahagian daripada Buku Kegelapan. Masternya ialah Yagami Hayate

Kemunculan dan Sejarah sunting

 
Buku Langit Malam milik Yagami Hayate

Buku Langit Malam bangun kembali setelah Yagami Hayate memperbaharui sistem Buku Kegelapan secara keseluruhan. Akibat disalahgunakan sekian lama, sistem utamanya telah rosak teruk, menyebabkan buku ini dianggap jahat dan hanya tahu memusnahkan kehidupan makhluk-makhluk yang berada di dimensi yang berbeza. Setelah Buku Kegelapan bangun buat kali kedua, Hayate yang sedar daripada mimpi dan berjaya melepaskan diri daripada pengaruh Yagami Reinforce Eins, Hayate bangun dan memegang kembali jawatannya sebagai Administrator Buku Kegelapan. Setelah bangun, Hayate memberi nama kepada Reinforce dan membina kembali sistem Guardian Knight. Kemudian, apabila Buku Kegelapan dibina semula, lahirlah Buku Langit Malam.

Fungsi sunting

Komponen Cara Berfungsi
Nama Buku Langit Malam
Sistem Guardian Knight Setelah diprogramkan semula, mereka terpisah daripada Buku Langit Malam. Oleh sebab itu, mereka tidak terhapus apabila Yagami Reinforce Eins mengorbankan dirinya.
Master Program Setelah diprogramkan, Reinforce Eins dipisahkan daripada Buku Langit Malam. Oleh itu, Master yang mengawal sepenuhnya ialah Yagami Hayate
Program Pertahanan Program Pertahanan dimusnahkan sepenuhnya bersama sama dengan Reinforce Eins yang mengorbankan dirinya. Walaupun begitu, asal usulnya masih ada, dan dibina semula menjadi Yagami Reinforce Zwei.

Buku Langit Biru sunting

Pengenalan sunting

Buku Langit Biru ataupun The Book of the Azure Sky (蒼天の書 Sōten no Sho, Ger. "Buch der blauer Himmel") ialah senjata jenis Storage Device iaitu digunakan untuk menyimpan data-data ilmu magis. Buku Langit Biru ialah sebahagian daripada Buku Langit Malam. Master-nya ialah Yagami Reinforce Zwei.

Kemunculan dan Sejarah sunting

 
Buku Langit Biru milik Yagami Reinforce Zwei

Setelah Hayate memiliki Buku Langit Malam, dan Yagami Reinforce Eins mengorbankan dirinya, lahirlah Yagami Reinforce Zwei iaitu Reinforce yang kedua. Eins mengorbankan dirinya untuk menghentikan Program Pertahanan bagi Buku Kegelapan. Buku Langit Biru muncul di musim ketiga, iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha Strikers. Oleh sebab Buku Langit Malam terlalu penuh dengan data-data magis, maka Hayate membuat buku baru, dengan mengambil asasnya daripada Buku Langit Malam. Maka lahirlah senjata jenis Storage Device yang baru iaitu Buku Langit Biru.

Fungsi sunting

Komponen Cara Berfungsi
Nama Buku Langit Biru
Sistem Guardian Knight Buku ini tiada sistem Guardian Knight
Master Program Masternya ialah Yagami Reinforce Zwei dengan dipantu oleh Yagami Hayate
Program Pertahanan Tiada Program Pertahanan kerana Buku Langit Biru dikhaskan untuk menyimpan data-data magis sahaja.

Rujukan sunting

Tontonan langsung dari ntv7 dan rujukan dari Wikipedia bahasa Inggeris