Buku teks ialah sebuah buku yang digunakan untuk mempelajari sesuatu subjek. Orang menggunakan buku teks untuk mempelajari fakta-fakta dan kaedah tentang subjek tertentu. Buku teks kadangkala mempunyai soalan-soalan untuk menguji minda dan kefahaman seseorang pelajar.

Buku kerja ialah sejenis buku teks yang mempunyai soalan amalan dan latihan. Buku kerja dicipta bertujuan bukan untuk mengajar tetapi untuk menyediakan latihan dan menyerlahkan pembelajaran yang memerlukan lebih pelajaran. Panduan semakan ialah sejenis buku teks yang digunakan untuk mengingatkan pelajar tentang subjek dan memberinya soalan-soalan, terutamanya sebelum peperiksaan.

Di Malaysia, buku teks biasanya dipinjamkan kepada pelajar daripada sekolah. Kadang-kadang, terutamanya di universiti, pelajar perlu membeli buku-buku teks yang diperlukan sendiri atau meminjam dari perpustakaan.

Kebanyakan buku teks hanya diterbitkan dalam format cetak. Walau bagaimanapun, sesetengah buku boleh didapati sebagai buku elektronik.

Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia