Bulan Musytari

rencana senarai Wikimedia

Planet Musytari mempunyai 79 bulan yang disahkan.[1] Ini menjadikannya kumpulan bulan terbesar dengan orbit "agak selamat" dalam mana-mana planet dalam Sistem Suria.[2] Empat bulan terbesar iaitu bulan Galilean, telah ditemui pada 1610 oleh Galileo Galilei dan merupakan objek pertama yang ditemui mengorbit jasad yang bukan Bumi atau Matahari. Dari penghujung abad ke-19, berdozen-dozen bulan Jovian yang lebih kecil telah ditemui dan diberi nama kekasih, penaklukan, atau anak perempuan dewa Roman Jupiter, atau Greek, Zeus. Bulan Galilean merupakan objek terbesar dalam orbit mengelilingi Musytari, dengan 63 bulan selebihnya dan gelang bersama-sama mengandungi hanya 0.003 peratus daripada jumlah jisim orbit.

Montaj Musytari dan empat bulan terbesarnya

Rujukan sunting

  1. ^ Sheppard, Scott S. "The Giant Planet Satellite and Moon Page". Departament of Terrestrial Magnetism at Carniege Institution for science. Dicapai pada 2012-09-11.
  2. ^ "Solar System Bodies". JPL/NASA. Dicapai pada 2008-09-09.