Bulan dan Pria Terhebat

Bulan dan Pria Terhebat ialah filem aksi komedi Malaysia 2020 arahan Ghaz Abu Bakar. Ia mengisahkan aksi seorang pelatih pasukan khas wanita, dengan bantuan seorang pemandu teksi, kini dia perlu melawan sindiket perdagangan manusia demi selamatkan adiknya yang diculik.[1]

Bulan dan Pria Terhebat
PengarahGhaz Abu Bakar
Penerbit
PenulisGhaz Abu Bakar
Dibintangi oleh
Muzik olehRob Powers
SinematografiMadnor Kassim
Disunting olehGhaz Abu Bakar
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
12 Mac 2020 (2020-03-12) (Malaysia, Brunei, Singapura)
Tempoh tayangan
106 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
PerbelanjaanRM3.6 juta

Diterbitkan bersama oleh Nizra Entertainment, Astro Shaw dan Skop Productions, filem ini dibintangi oleh Zahirah MacWilson (dalam penampilan layar lebar pertamanya),[2] Maya Karin, Zizan Razak, Bell Ngasri, Khir Rahman dan Alif Hadi. Filem ditayangkan pada 12 Mac 2020 di Malaysia, Brunei dan Singapura.

SinopsisSunting

Bulan, seorang pelatih di pasukan tentera khas Indonesia telah menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia untuk mencari adiknya, Melati yang diculik ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan. Bulan bertemu Haris, seorang pemandu e-hailing yang sudi membantu Bulan. Namun, mereka kini berdepan bahaya apabila ketua sindiket itu Ricky dan pembantunya Agus hantarkan Tony, seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris. Apa yang akan berlaku?

PelakonSunting

PenerbitanSunting

Bulan dan Pria Terhebat diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar yang sebelum ini mengarahkan filem Hantu Kapcai (2012) dan Polis EVO (2015). Zahirah MacWilson yang terkenal dengan drama lakonannya termasuk Jangan Benci Cintaku dan Curi-Curi Cinta, memegang watak sebagai Bulan.[3] Ia merupakan filem sulung lakonannya, Zahirah juga pertama kali merasai memegang senjata. Menurutnya, beliau terlebih dulu diminta berlatih menggunakan senjata sebelum ke set penggambaran.[4] Kos pembikinan filem ini berjumlah RM3.6 juta dan ia berjaya disiapkan dalam tempoh 45 hari di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Johor Bahru pada Disember 2018 hingga Januari 2019.[5]

Watak Ricky pada asalnya dilakonkan oleh Allahyarham Ashraf Sinclair. Bagaimanapun, beliau tidak dapat memenuhi tawaran itu kerana terikat dengan komitmen lain di Indonesia. Zahirah berkata beliau sempat bertemu Ashraf sebelum penggambaran filem dijalankan: "Jadual arwah tidak mengizinkan untuk terbabit dalam filem ini. Bagaimanapun, saya bertuah sempat buat latihan dengannya di Jakarta sebelum menjalani latihan intensif sebenar,".[6] Tempat Ashraf telah digantikan oleh Syed Hussein.

KeluaranSunting

Bulan dan Pria Terhebat ditayangkan pada 12 Mac 2020 di pawagam seluruh Malaysia. Treler rasmi filem ini telah dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Astro Shaw pada 12 Februari 2020.[7][8] Penerbit filem ini Nik Iruwan Nik Izani tidak bercadang untuk menarik balik tayangan, susulan pandemik COVID-19.[9]

Menulis untuk Sinar Harian, Wawann Mohd berpendapat "Bulan dan Pria Terhebat yang membawa mesej pemberdayaan wanita turut menyaksikan kehebatan wanita sebagai peneraju dan penggerak kepada jalan cerita yang tidak kalah dalam aksi yang selalunya didominasi oleh lelaki".[10]

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan penutupan panggung wayang akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh Malaysia, tayangan filem ini dihentikan sementara dan akan diubah ke satu tarikh baru.[11][12]

RujukanSunting

  1. ^ "Zahirah MacWilson & Maya Karin Bergasak Dalam Trailer Bulan & Pria Terhebat". Kakimuvee. 17 Februari 2020. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  2. ^ Dennis Chua (20 Mac 2020). "#Showbiz: A leap in Zahirah Macwilson's career". New Straits Times. Dicapai pada 28 Mac 2020.
  3. ^ Zaidi Mohamad (24 Disember 2018). "Siapa kata Zahirah lemah-lembut?". Berita Harian. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  4. ^ Georgie Joseph (26 November 2018). "Seronok jadi Bulan". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  5. ^ "Zahirah, Zizan & Maya Karin dalam filem 'Bulan & Pria Terhebat'". Utusan Borneo. 3 Mac 2020. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  6. ^ Georgie Joseph (7 Mac 2020). "Baiknya kamu Ashraf - Zahirah". Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  7. ^ Syafiqah Jalal (28 Februari 2020). ""Macam Ni La Baru Filem Orang Nak Tengok…"- Peminat Teruja Tengok Trailer Bulan & Pria Terhebat". Astro Gempak. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  8. ^ "Trailer Bulan & Pria Terhebat Dilancarkan". Hot FM. 18 Februari 2020. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  9. ^ Farihad Shalla Mahmud (6 Mac 2020). "COVID 19: Penerbit filem Bulan & Pria Terhebat tak tangguh tayangan". Berita Harian. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  10. ^ Wawann Mohd (7 Mac 2020). "Bulan & Pria Terhebat, Aksi Luar Biasa 'Hero' Wanita". Sinar Harian. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  11. ^ Georgie Joseph (19 Mac 2020). "Penerbit reda Bulan & Pria Terhebat henti tayangan". Harian Metro. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  12. ^ Nisa Irina (19 Mac 2020). ""Bulan Dan Pria Terhebat" stops screening in cinemas". Yahoo! News. Dicapai pada 20 Mac 2020.

Pautan luarSunting