Bulan madu adalah percutian tradisi yang diambil oleh pasangan pengantin baru sebagai meraikan perkahwinan mereka dalam keintiman dan berdua sahaja. Pada masa kini, berbulan madu oleh orang Barat sering disambut di destinasi yang dianggap eksotik atau juga romantik .

Venice merupakan destinasi berbulan madu yang terkenal.
Beirut (Lubnan) merupakan destinasi berbulan madu yang terkenal di kalangan pelancong negara teluk.
Maldives merupakan destinasi berbulan madu yang popular.
Paris merupakan destinasi berbulan madu yang juga popular.

Sejarah bulan madu sunting

Bulan madu adalah tempoh bilamana pasangan yang baru berkahwin berehat untuk berkongsi detik-detik peribadi dan intim yang membantu mewujudkan kasih sayang dalam hubungan mereka. Berdua-duaan ini dipercayai dapat meringankan zon selesa ke arah hubungan fizikal yang merupakan salah satu cara ikatan utama pada awal perkahwinan. Istilah terawal dalam bahasa Inggeris adalah hony moone, yang dicatatkan pada awal 1546.[1][2][3][berkaitan? ]

Rujukan sunting

  1. ^ "honeymoon". Online Etymology Dictionary. Dicapai pada 2010-08-03.
  2. ^ "Etymology of Honeymoon". The End of Journeys. Dicapai pada 2010-08-03.
  3. ^ "Honeymoon". World Wide Words. Dicapai pada 2010-08-03.