Bunga kertas

genus tumbuhan
(Dilencongkan dari Bulang)

Bunga kertas (Jawi: بوڠا کرتس) atau bulang (Jawi: بولڠ) ialah pokok, semak dan pepanjat hiasan dari genus Bougainvillea[3] keluarga Nyctaginaceae.[4] Ia berasal dari timur Amerika Selatan, ditemukan dari Brazil membarat ke Peru dan menyelatan ke selatan Argentina. Genus ini mempunyai 22 spesies.[2] Tiga spesies utama genus ini yang dikenali ialah B. glabra, B. spectabilis dan B. peruviana.[5]

Bunga Kertas
بوڠا کرتس
Sekuntum bunga kertas.
Bougainvillea glabra, ditemukan di Jakarta, Indonesia
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Bougainvillea

Spesies

Lihat teks

Sinonim[1][2]

Tricycla Cav.

Pokok bunga kertas sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan laman hiasan. Semasa pokoknya berbunga, kebiasaannya kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga yang menarik.

Penamaan sunting

Nama "bunga kertas" datang daripada daun pengasuh bunganya yang nipis seperti kertas.[6]

Taksonomi sunting

Nama genus pohon berbunga ini iaitu Bougainvillea dinamakan sempena Louis-Antoine de Bougainville, seorang laksamana Perancis; bunga ini mula diterangkan oleh Philibert Commerçon, seorang ahli botani yang menemani Bougainville dalam ekspedisinya mengelilingi dunia; penerangan ini diterbitkan oleh Antoine Laurent de Jussieu pada tahun 1789.[7]

Botani sunting

Pokok-pokok genus bunga ini tumbuh dari 1 ke 12 meter tinggi, menjalar dan memanjat pada tumbuhan lain dengan duri tajamnya. Daunnya ringkas, berbentuk dempak tirus bujur telur (ovate-acuminate) atau mata lembing, dan disusun berselang-seli; panjangnya 4-13 sentimeter dan lebarnya 2-6 sm.[4] Daun-daun ini malar hijau di tempat yang dihujani sepanjang tahun dan meluruh jika ada musim kemarau.

Bunga sunting

Bunga betul tumbuhan ini kecil dan selalunya putih, namun setiap rumpunan tiga bunga itu dikelilingi oleh tiga atau enam helai daun pengasuh besar[4] senipis kertas berwarna terang yang berkaitan dengan pokoknya termasuk merah muda, lembayung, ungu, merah, jingga, putih atau kuning. Buahnya aken kecil bercuping lima.

Penanaman sunting

 
Sejulai bunga kertas merah muda.

Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies utama B. glabra, B. spectabilis dan B. peruviana untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna dan bilangan kelopak. Terdapat sekitar 100 ke 200 kultivar dan kacukan bunga kertas di Malaysia termasuk yang dibawa masuk dari Thailand, Singapura dan Indonesia.[8] Antara kultivarnya yang terkenal adalah 'Mrs. Eva', 'Mary Palmer', 'Singapore Beuty', 'Crystal White', 'Elizabeth Angus', 'Poultounii' dan 'Formosa'.[8] Kacukan 'Mrs. Eva', 'Mrs. Butt' dan 'Mrs. McLean' (atau 'Ms. Mclean') ialah antara yang terawal diperkenalkan.[5]

Pokok bunga kertas boleh dikacuk melalui kaedah cantuman untuk membentuk pokok baru yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna.[8] Dahan pokok penanti yang sudah matang akan dipotong membentuk 'V' dan disisipkan dengan mata tunas (scion) dari pokok yang lain. Mata tunas itu nanti akan tumbuh dan mengeluarkan bunga dan daun yang berlainan. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai sebagai tanaman hiasan disebabkan bunganya yang berwarna-warni, cantik, tahan lama dan mudah dijaga. Pokoknya mampu hidup sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul). Pokok bunga kertas juga sesuai dijadikan tanaman bonsai renek.[perlu rujukan]

Ketoksikan sunting

Getah bunga kertas boleh mendatangkan ruam teruk pada kulit, sama dengan spesies-spesies genus Toxicodendron.

Taksonomi sunting

Sejak dari 2010, genus Bougainvillea kerap diletakkan dalam subsuku Bougainvilleeae (mengandungi 3 genus) dalam suku Nyctaginaceae dengan Pisonieae menjadi subsuku berkaitnya:

Pisonieae

Pisoniella (Heimerl) Standl. (2)

Neea Ruiz & Pav. (81)

Guapira Aubl. (76)

Pisonia L. (47)

Bougainvilleeae

Bougainvillea Comm. ex Juss. (16)

Belemia Pires (2)

Phaeoptilum Radlk. (1)

Spesies sunting

Menurut Catalogue of Life, terdapat 16 spesies dalam genus Bougainvillea:[9]

Kegunaan sunting

Air rebusan akar pokok bunga ini boleh merawat demam panas atau dijadikan julap mengatasi sembelit. Air rebusan bunganya diminum untuk mengubati batuk. Daun-daunnya ditumbuk lumat dan ditampal pada luka.[4]

Hubungan dengan manusia sunting

Orang Cina Malaysia tidak suka memakai bunga kertas lantaran ia mirip barang-barang kertas seperti wang neraka yang dibakar semasa menyembah roh nenek moyang mereka.[6]

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Genus: Bougainvillea Comm. ex Juss". Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. 7 Julai 2010. Dicapai pada 14 Disember 2010.
  2. ^ a b "Bougainvillea Comm. ex Juss". World Flora Online. The World Flora Online Consortium. 2022. Dicapai pada 27 Julai 2022.
  3. ^ "Bougainvillea". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ a b c d Hean Chooi Ong (2006). Tanaman hiasan: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 32, 88–89. ISBN 9789676118929.
  5. ^ a b Autumn Belle (7 Julai 2012). "Putrajaya Floria 2012 - Bougainvillea Cultivars Part 1". My Nice Garden. Dicapai pada 18 Jun 2022.
  6. ^ a b Tan, Young (1991). Flowers: Malaysian Meanings. Quill Publishers. m/s. 38–39.
  7. ^ "Bougainvillea Comm. ex Juss". Tropicos. Missouri Botanical Garden. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2013.
  8. ^ a b c Bunga Bougainvillea - Bunga Rasmi Ipoh (PDF). Majlis Bandaraya Ipoh. Dicapai pada 18 Jun 2022.
  9. ^ Roskov Y., Ower G., Orrell T., Nicolson D., Bailly N., Kirk P.M., Bourgoin T., DeWalt R.E., Decock W., van Nieukerken E.J., Penev L. (eds.) (2020). Species 2000 & ITIS Catalogue of Life, 1 Disember 2020. Sumber digital di www.catalogueoflife.org. Species 2000: Naturalis, Leiden, Belanda. ISSN 2405-8858.
  10. ^ a b c "GRIN Species Records of Bougainvillea". Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2009. Dicapai pada 14 Disember 2010.

Pautan luar sunting