Buldog Amerika

baka anjing dari Amerika Syarikat

Buldog Amerika[a] ialah satu baka anjing jenis mastif besar dan berotot.[2] Leluhurnya dibawa ke koloni Amerika Utara British untuk bekerja di ladang kecil dan di ranco.

Buldog Amerika
Buldog Amerika
Nama lainSouthern white
White English
Old southern white bulldog
Hill bulldog
Country bulldog
Buldog putih Inggeris
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat Jantan 34–52 kg (75–115 lb);
Jenis bully: 36.2–56.7 kg (80–125 lb)
Betina 27–41 kg (60–90 lb)[1]
Tinggi Jantan 50–65 cm (20–26 in)
Betina 51–61 cm (20–24 in)
Bulu Pendek, kasar
Warna Putih menyeluruh atau putih dengan tompok-tompok merah atau pelbagai tahap warna perang, brindle, atau perang kekuning-kuningan.
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah sunting

 
Old English Bulldog oleh Philip Reinagle, 1790

Baka anjing yang ditakrifkan kepada mana-mana piawaian hanya muncul seiring dengan kebangkitan kelab kenel dan pejabat pendaftaran baka. Ini berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 1884.[3] Sebelum ini, tiada rekod yang disimpan dan di sebalik kewujudan baka, terdapat strain baka tempatan tidak formal yang pada awalnya bergantung pada tempat asal induk atau tuan anjing berkenaan.

Anjing yang menyerupai buldog di England pertama kali disebut oleh orang Rom kuno sebagai "pugnaces Britanniae".[4] Kosa kata yang digunakan untuk memerihalkan anjing telah berubah-ubah seiring dengan masa, tetapi ini dipercayai sebagai leluhur kepada alaunt dan kemudian kepada buldog.[5][6] Anjing telah digunakan sejak abad ke-13 dalam pengumpanan lembu, tetapi sebutan pertama yang diketahui tentang buldog mengikut nama tidak ditemukan sehingga sepucuk surat abad ketujuh belas yang meminta agar anjing ini dikirimkan dari London ke San Sebastián, Sepanyol.[7] Strain berlainan bagi buldog Inggeris dikembangkan untuk penggiringan lembu, pengumpanan lembu, anjing ladang, dan anjing tukang daging.[8][9] Ia menemukan jalan ke koloni British di Amerika Utara sebagai anjing pekerja untuk digunakan oleh pemilik ladang lebih kecil dan ranco untuk banyak tugas, termasuk penjaga ladang, anjing ternakan, dan anjing tangkap. Cynographia Britannica mentakrifkan ciri fizikal dan tingkah laku pada buldog dalam cetakan pada tahun 1800.[10] Pada tahun 1835, pengumpanan lembu dilarang di United Kingdom dan para pembiak baka di sana meminimumkan trait agresif dan atletik pada baka ini.[11] Larangan ini tidak berkuat kuasa di Amerika Syarikat; walau bagaimanapun, pengumpanan lembu semakin kurang popular sebagai bentuk hiburan, lalu menyumbang kepada kejarangan anjing ini.[11]

Keputusan pembiakbakaan untuk majoriti anjing Amerika ini berdasarkan perangai dan kebolehan kerja sebagai anjing ladang dan bukan pula berdasarkan susur galur. Lambat-laun, beberapa strain anjing berasingan bagi jenis buldog dibela oleh peladang ranco sebagai anjing utilitarian yang bekerja untuk menangkap lembu dan membunuh haiwan pemangsa liar yang mengancam harta benda ladang.[11] Ikutan Perang Dunia Kedua, jenis anjing ini berada di ambang kepupusan. Segelintir anjing terselamat dibela terutamanya di ladang-ladang di Amerika Syarikat tenggara. John D. Johnson dan Alan Scott dianggap secara meluas sebagai penyelamat baka tempatan ini daripada kepupusan. Johnson menggelintar jalan-jalan pedalaman di Selatan untuk mencari spesimen-spesimen terbaik untuk membangkitkannya semula. Semasa tempoh ini, Alan Scott yang masih muda semakin berminat pada anjing milik Johnson dan mula bekerja dengan beliau dalam projek penggiatan semula beliau.[12][13][14] Pada suatu ketika, Scott mula membiakbakakan buldog dari ladang-ladang kerja di Selatan dengan susur galur Johnson, lalu menghasilkan yang kini dikenali sebagai jenis Piawai atau Scott bagi buldog Amerika. Pada suatu lagi ketika, Johnson mula menyilangankan susur galur asli beliau dengan seekor buldog Inggeris dari United Kingdom utara yang telah mengekalkan kecergasan atletik genetik pralarangannya, lalu mewujudkan buldog Amerika jenis Bully, yang juga dikenali sebagai jenis Johnson atau jenis Klasik. Pada 1 Januari 1999, United Kennel Club pertama kali mengiktiraf buldog Amerika sebagai baka.[15] Pada November 2019, baka ini ditambahkan ke dalam Khidmat Ternakan Asasi (FSS) American Kennel Club (AKC).[16]

Bully Amerika ialah baka yang sepenuhnya terpisah yang ber-evolusi daripada pitbulterier Amerika yang berkacuk dengan buldog Amerika, buldog Inggeris, dan buldog lama Inggeris. United Kennel Club mengiktirafnya sedemikian pada 15 Julai 2013.[17]

Penampilan sunting

 
Seekor buldog Amerika; prognatisme rahang bawah tipikal adalah jelas

Buldog Amerika ialah anjing gempal, terbina dengan baik, dan kelihatan kuat dengan kepala besar dan binaan berotot. Bahu dan dada cenderung untuk menjadi bahagian paling berotot bagi buldog Amerika. Lapis bulunya pendek dan pada umumnya licin, lalu memerlukan sedikit penjagaan kecuali mandi setiap beberapa minggu. Baka ini ialah penggugur bulu ringan hingga sederhana. Warnaya, walaupun dahulu kebanyakannya putih dengan tompok-tompok merah, hitam, atau brindle, telah berkembang dalam tahun-tahun terkini untuk menyertakan banyak corak warna, termasuk hitam, merah, perang, perang kekuning-kuningan, dan semua cahaya warna brindle. Pempigmenan hitam pada hidung dan pinggir mata diutamakan secara tradisional, dengan hanya sesetengah bahagian merah jambu yang diizinkan. Warna mata biasanya perang, tetapi heterokromia juga berlaku, namun ini juga dianggap sebagai kecacatan kosmetik. Buldog Amerika diketahui meliur dengan lebih banyak daripada baka anjing lain. Jenis bully pada umumnya ialah anjing lebih besar dan lebih berat dengan muncung lebih pendek, tetapi muncung juga tidak patut sama sekali terlalu pendek sehingga menyebabkan kesukaran pernafasan. Jenis piawai pada umumnya lebih atletik dengan muncung lebih panjang dan kepala lebih berbentuk segi empat sama. Banyak buldog Amerika moden merupakan gabungan daripada kedua-dua jenis, yang biasanya diistilahi "hibrid". Pada umumnya, buldog Amerika berukuran seberat 27–54 kilogram (60–119 lb) dan setinggi 52–70 sentimeter (20–28 in) pada paras kelasa,[15] tetapi telah diketahui jauh-jauh melebihi ukuran-ukuran ini, terutamanya ternakan bukan pekerja "di luar piawaian".[perlu rujukan]

Kesihatan sunting

 
Seekor anak buldog Amerika jantan berusia enam minggu

Lipofusinosis seroid neuron (NCL) telah dikenal pasti pada sesetengah buldog Amerika.[18]

Buldog Amerika cenderung terhadap keadaan dermatologi berikut: penyakit kulit alahan, iktiosis, dermatosis suria, dan karsinoma sel skuamus.[19]

Semakan rekod pesakit di Amerika Syarikat daripada lebih daripada 600 buah hospital mendapati bahawa buldog Amerika cenderung terhadap demodikosis permulaan juvenil dengan nisbah kemungkinan 3.4.[20]

Dalam kebudayaan popular sunting

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: بولدوݢ اميريکا; bahasa Inggeris: American bulldog

Rujukan sunting

  1. ^ Maggitti, Phil (1 Oktober 2018). Bulldogs (dalam bahasa Inggeris). Barron's Educational Series. ISBN 9780764196539. Dicapai pada 21 Mac 2024 – melalui Google Books.
  2. ^ "American Bulldog Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 13 Januari 2020. Dicapai pada 21 Mac 2024.
  3. ^ "History of UKC". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mac 2019. Dicapai pada 21 Mac 2024.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  4. ^ Robitzski, Dan (25 September 2017). "The (de-)evolution of the bulldog". ScienceLine (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2017. Dicapai pada 21 Mac 2024.
  5. ^ Wynn, W. B. (16 Januari 2007). "The History of the Mastiff Gathered from Sculpture, Pottery, Carvings, Paintings and Engravings. Melton Mobray". The Internet Archive (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: William Loxley Marketplace. m/s. 45. Dicapai pada 21 Mac 2024.
  6. ^ Wynn, W. B. The History of the Mastiff Gathered from Sculpture, Pottery, Carvings, Paintings and Engravings (dalam bahasa Inggeris). Melton Mowbray, United Kingdom: William Loxley Marketplace. m/s. 43. Dicapai pada 21 Mac 2024.
  7. ^ Jesse, George E. (1866). "Researches into the History of the British Dog. Vol. II". The Internet Archive (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Robert Hardwicke. m/s. 306.
  8. ^ Merret, Christopher (1666). "Pinax Rerum Naturalium Britannicarum, continens Vegetabilia, Animalia, et Fossilia". The Internet Archive (dalam bahasa Inggeris). m/s. 169.
  9. ^ Silver, Carly (4 Oktober 2023). "Bulldog History: A Wrinkle in Time". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Oktober 2022. Dicapai pada 21 Mac 2024.
  10. ^ Sydenham, Edwards (1800). "Cynographia Britannica: consisting of coloured engravings of the various breeds of dogs existing in Great Britain, drawn from the life, with observations on their properties and uses". The Internet Archive (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mac 2024.
  11. ^ a b c Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of over 1,000 Breeds (dalam bahasa Inggeris) (ed. cetakan semula). Trafalgar Square Publishing. m/s. 342, 361–362. ISBN 978-1-57076-219-2.
  12. ^ DK (17 Oktober 2013). The Dog Encyclopedia: The Definitive Visual Guide (dalam bahasa Inggeris). Dorling Kindersley Limited. ISBN 9781409350026 – melalui Google Books.
  13. ^ Harris, David (24 Julai 2012). The Bully Breeds (dalam bahasa Inggeris). i5 Publishing. ISBN 9781621870326 – melalui Google Books.
  14. ^ Manfield, Mark (1 Februari 2017). American Bulldog Bible And the American Bulldog: Your Perfect American Bulldog Guide Covers American Bulldog Puppies, Mini Bulldogs, American Bulldog Training, Johnson Bulldog, And More! (dalam bahasa Inggeris). DYM Worldwide Publishers. ISBN 9781911355458 – melalui Google Books.
  15. ^ a b "Breed Standards : American Bulldog". United Kennel Club. 1 Januari 1999. Dicapai pada 21 Mac 2024.
  16. ^ "FSS News & Updates – American Kennel Club". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 11 November 2019. Dicapai pada 21 Mac 2024.
  17. ^ "American Bully". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 19 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2018. Dicapai pada 21 Mac 2024.
  18. ^ Evans, Jason; Katz, Martin L.; Levesque, Donald; Shelton, G. Diane; de Lahunta, Alexander; O'Brien, Dennis (2005). "A Variant Form of Neuronal Ceroid Lipofuscinosis in American Bulldogs". Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris). 19 (1): 44–51. doi:10.1111/j.1939-1676.2005.tb02657.x. ISSN 0891-6640.
  19. ^ Hnilica, Keith A.; Patterson, Adam P. (19 September 2016). Small Animal Dermatology (dalam bahasa Inggeris). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. ISBN 978-0-323-37651-8.
  20. ^ Plant, Jon D.; Lund, Elizabeth M.; Yang, Mingyin (2011). "A case–control study of the risk factors for canine juvenile‐onset generalized demodicosis in the USA". Veterinary Dermatology (dalam bahasa Inggeris). 22 (1): 95–99. doi:10.1111/j.1365-3164.2010.00922.x. ISSN 0959-4493.
  21. ^ Brady, Erin (17 Jun 2022). "Great Horror Movies Where The Dog Doesn't Die". Slashfilm (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Jun 2022. Dicapai pada 21 Mac 2024.
  22. ^ Pevere, Geoff (2 Mei 2014). "Nicolas Cage is 'frightening and heartbreaking' in Joe". The Globe and Mail (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2023. Dicapai pada 21 Mac 2024.
  23. ^ Shambora, Jessica (2 Disember 2009). "Zynga suddenly is everywhere. What gives?". Fortune.cnn.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Jun 2011. Dicapai pada 21 Mac 2024.
  24. ^ "Homeward Bound: The Incredible Journey (1993)". Humane Hollywood (sebahagian daripada American Humane) (dalam bahasa Inggeris). 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Januari 2021. Dicapai pada 21 Mac 2024.
  25. ^ "Homeward Bound II: Lost In San Francisco (1996)". Humane Hollywood (sebahagian daripada American Humane) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2023. Dicapai pada 21 Mac 2024.

Pautan luar sunting