Edisi 7 (dahulunya dikenali sebagai Warta Nasional ntv7, Edisi 7 (era pertama), MNN Nasional News dan Edisi 7 (era kedua) merupakan rancangan berbentuk berita dan informasi terkini dari dalam dan luar negara yang disiarkan di NTV7. Turut dimuatkan adalah perkembangan ekonomi, sukan dan hiburan. Edisi 7 bersiaran setiap Sabtu hingga Khamis pada 1:00 tengah hari, tetapi juga disiarkan pada 7:00 malam pada hari Isnin hingga Jumaat sebelum waktu siarannya bertukar, berikutan perubahan rancangan di ntv7 pada 5 Mac 2018.

Buletin Didik
FormatBerita
PenciptaBerita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima
Dibintangi oleh
Pelbagai
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Penerbit eksekutifFazilah Hani Harun
Mimi Azeera Abdullah
Mohd Redzuan Abdul Manap
Nor Aziran Yunus
PenerbitHaniza Hanifah
Mimi Azeera Abdullah
Muhammad Farhan Zainal
Nor Aziran Yunus
Nur Halifah Ghani
Tempoh siaran30 minit
Penyiaran
Saluran asalNTV7
Format gambarHDTV 1080i60/1440i60 16:9
Siaran asal17 Februari 2021 – 25 Mei 2023
MengikutiEdisi 7

Sejarah

Waktu siaran Edisi 7 kembali ke 8:00 malam pada 1 Jun 2018, yang mana sebelum ini ialah waktu siaran sebelum Januari 2007, di mana slot tersebut digunakan oleh 7 Edition. Sebelum ini, Edisi 7 disiarkan pada 5:00 petang yang hanya dapat bertahan selama hampir tiga bulan. Dengan perubahan ini, 7 Edition berpindah ke 11:00 malam. Tetapi, ada bantahan berlaku menyebabkan Edisi 7 tukar siaran pada 2:30 petang pada setiap Sabtu hingga Khamis mulai 17 Jun 2018.

Pada 31 Disember 2018, Edisi 7 disiarkan pada jam 7:30 malam pada setiap hari.

Pada 1 Disember 2020, Edisi 7 disiarkan pada jam 12:00 tengah hari.

Pada 17 Februari 2021, Edisi 7 dinamakan semula sebagai Buletin Didik dan disiarkan pada jam 7:30 malam pada setiap hari.

Buletin Didik tukar waktu masa bermula jam 7:00 malam hingga 7:30 malam.

Buletin Didik telah menamatkan penyiarannya pada 25 Mei 2023.

Pada 26 Mei 2023, Buletin Didik telah digantikan oleh Buletin 1:30 pada setiap Sabtu - Khamis pukul 1:30 tengah hari dan Buletin Pagi (ulangan) dari ehsan TV3 pada setiap Jumaat pukul 1:30 tengah hari.

Penyampai berita

Sebelum penamatan

Dipindahkan ke Buletin 1:30.

  • Charles Mohan
  • Fazilah Hani Harun
  • Midy Saleh
  • Mimi Azeera Abdullah
  • Nur Halifah Ghani
  • Syafrie Izwan Wahab
  • Taha Rusydi Mohd Nazri
  • Zaiti Zubir
  • Azlinda Mohd Salim
  • Farah Nabilah Wazer
  • Hazwan Syah
  • Helmi Majid Ismail
  • Jasmine Abu Bakar
  • Juliana Ramle
  • Khairunnisak Dzun Nurin
  • Melissa Ong (kini bersama Bernama TV)
  • Nadia Mohsin
  • Nina Jamil
  • Norazlina Awang Had
  • Rusyilda Ismail
  • Syarifah Salwa Syed Abdul Rahman
  • Wan Kamaruddin Wan Ibrahim (kini bersama Berita Alhijrah)

Rujukan

Pautan luar