Buletin FM
Buletin FM (dahulunya Kool FM) ialah stesen radio berita berbincangan dan muzik retro berbahasa Melayu yang dimiliki dan dikendalikan oleh Media Prima Audio, anak syarikat Media Prima Berhad. Ia dilancarkan pada 1 Mac 2016 dan mula beroperasi pada 3 Mac 2016. Stesen radio ini merupakan stesen radio keempat di bawah kelolaan Rangkaian Radio Media Prima selepas Fly FM, Hot FM, 8FM dan Molek FM.[1]
Bandar | Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
---|---|
Kawasan penyiaran | Lembah Klang Alor Setar Pulau Pinang Kuching |
Slogan | Temanmu · Muzikmu (2016-19) Suara Semasa (2020-21) Info Terkini & Muzik Sepanjang Zaman (2021-22) Isu Semasa & Info Terkini (sejak 2022) |
Frekuensi | Berbeza-beza bergantung kepada kawasan |
Tarikh siaran pertama | 3 Mac 2016 2 Ogos 2021 (sebagai Buletin FM) | (sebagai Kool FM)
Format | Radio berita, hit kontemporari & perbincangan |
Tarikh siaran terakhir | 28 November 2021 | (Kota Bharu 88.6 MHz & Kuala Terengganu 93.6 MHz)
Bahasa | Melayu |
Pemilik | Media Prima Audio, anak syarikat Media Prima Berhad (Buletin FM Radio Sdn Bhd) |
Saluran kembar | Hot FM Molek FM Fly FM 8FM |
Siaran web | dengar |
Tapak web | www |
SejarahSunting
Kool FM dilancarkan pada 1 Mac 2016 dan bersiaran sulung pada 3 Mac 2016. Pada mulanya ia menyasarkan pendengar golongan generasi X,[2] dengan lagu-lagu yang dimainkan dari tahun 80-an dan 90-an.[3] Pada 6 Januari 2020, Kool FM telah menukarkan format radio kepada radio perbincangan dan berita (tetapi bukan format radio berita sepenuhnya seperti Bernama Radio), dengan slogan terbaru Suara Semasa yang berfokuskan kepada perbincangan isu semasa, sosial dan komuniti serta rancangan berunsurkan infotainment tetapi mengekalkan memainkan muzik 80an hingga kini dan penyampainya.[4]
Pada 4 Mei 2021, stesen radio ini bersiaran serentak di TV9 pada setiap hari jam 3:30 pagi - 4:30 pagi.
Penjenamaan sebagai Buletin FM (2021–kini)Sunting
Bermula 2 Ogos 2021, Kool FM kini dikenali sebagai Buletin FM dan menjadikan radio berita yang lebih berfokus malah berkredibiliti. Ally Iskandar dan Hawa Rizwana (dari Malaysia Hari Ini dan Buletin Utama TV3) merupakan penyampai baharu dalam rombakan tersebut tetapi mengekalkan memainkan muzik 80an hingga kini dan info terkini.[5][6]
Buletin FM mula menyiarkan berita perdana dari TV3 iaitu Buletin Utama pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 8:00 - 9:00 malam.
Pada 29 November 2021, frekuensi Buletin FM di Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu telah ditamatkan siarannya dan digantikan oleh Molek FM pada 9 Januari 2022.
Pada 14 Mac 2022, Buletin FM tukar lagi tagline "Info Terkini & Muzik Sepanjang Zaman" ke "Isu Semasa dan Info Terkini".
Pada 28 Mac 2022, Buletin FM tidak lagi bersiaran sementara melalui platform MYTV.[7]
PenyampaiSunting
Penyampai HarianSunting
Nama | Nama samaran | Mula kerja | Catatan |
---|---|---|---|
Rohaizah Nordin | Haiza | 3 Mac 2016 | |
Muaz Mohamed | Muaz | 6 Februari 2017 | |
Izwan Azir Saleh | Izwan Azir | 5 Oktober 2020 | |
Hanif Miswan | Hanif Miswan | 2 Ogos 2021 | |
Marsila Hassan | Marsila Hassan | 1 Julai 2022 |
Penyampai Hujung MingguSunting
- Nash Hamzah
Bekas PenyampaiSunting
Nama | Nama samaran | Tempoh Kerja | Catatan |
---|---|---|---|
Kool FM | |||
Farid Nor | Farid | Mac - Disember 2016 | |
Mohd Khairul Ikhwan Rosli | Ikhwan[8] | Mac 2016 - November 2017 | |
Liza Khairudin | Liza | Mac 2016 - Ogos 2018 | |
Muhammad Ishak Ibrahim | Andy Hakim | Ogos 2017 - Ogos 2018 | |
Ezaq Kamil | Ezaq | Mac 2016 - Jun 2019 | berpindah ke Manis FM |
Rozlindah Onn | Linda Onn | Ogos 2018 - Ogos 2020 | |
Tengku Rea | Rea | Januari 2017 - Julai 2021 | berpindah ke Gegar |
AG Azmeer | AG | Mac 2016 - Julai 2021 | dipindahkan semula ke Hot FM |
Buletin FM | |||
Ally Iskandar Mohd Mardzi | Ally Iskandar | 2 Ogos 2021 - 30 Jun 2022 | |
Hawa Rizwana Ahmad Redzuan | Hawa Rizwana | ||
Ahmad Fedtri Yahya | Fedtri Yahya | 2 Ogos 2021 - 2022 |
ProgramSunting
Isnin - JumaatSunting
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Tanyalah Ustaz (ulangan) | - | 05:00 - 06:00 |
Fokus Pagi | Izwan Azir & Muaz | 06:00 - 10:00 |
Santai Siang | Marsila Hassan | 10:00 - 15:00 |
Bicara Petang | Haiza & Hanif Miswan | 15:00 - 19:00 |
Tanyalah Ustaz | - | 19:00 - 20:00 |
SabtuSunting
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Tanyalah Ustaz (ulangan) | - | 05:00 - 06:00 |
Highlight Fokus Pagi | Izwan Azir & Muaz | 06:00 - 10:00 |
Spectator Sukan | Hanif Miswan | 10:00 - 12:00 |
Sesi Sabtu | - | 12:00 - 17:00 |
Retro Show | - | 17:00 - 19:00 |
Tanyalah Ustaz | - | 19:00 - 20:00 |
Imbau Rock Leleh 90an | - | 20:00 - 22:00 |
AhadSunting
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Tanyalah Ustaz (ulangan) | - | 05:00 - 06:00 |
Highlight Fokus Pagi | Izwan Azir & Muaz | 06:00 - 10:00 |
Retro Show (ulangan) | - | 10:00 - 12:00 |
Sesi Ahad | - | 12:00 - 17:00 |
Tanyalah Ustaz | - | 19:00 - 20:00 |
Spectator Sukan (ulangan) | Hanif Miswan | 20:00 - 22:00 |
Imbau Rock Leleh 90an | - | 22:00 - 00:00 |
FrekuensiSunting
Frekuensi | Kawasan | Pemancar |
---|---|---|
101.3 MHz | Lembah Klang | Bukit Sungai Besi |
107.3 MHz | Alor Setar, Kedah dan Perlis | Menara Alor Setar |
90.2 MHz | Pulau Pinang dan Taiping, Perak | Bukit Penara |
104.3 MHz | Kuching, Sarawak | Bukit Djin |
Catatan 1: Buletin FM 101.3 MHz Bukit Sungai Besi ada gangguan THR Raaga 101.5 MHz Gunung Telapak Burok yang meliputi beberapa kawasan Negeri Sembilan, namun, Buletin FM boleh didengari secara online online di www.buletinfm.audio, aplikasi Audio+, JOOX atau YouTube Buletin TV walaupun tiada frekuensi alternatif.
Catatan 2: Buletin FM 90.2 MHz Bukit Penara tak boleh didengari di Padang Rengas, Perak kerana gangguan kuat dari TraXX FM 90.1 MHz Gunung Kledang, namun, Buletin FM boleh didengari secara online di www.buletinfm.audio, aplikasi Audio+, JOOX atau YouTube Buletin TV walaupun tiada frekuensi alternatif.
RujukanSunting
- ^ Rezwana Manjur (4 March 2016). "Media Prima launches fourth radio station". Marketing Interactive. Dicapai pada 4 May 2016.
- ^ "New radio channel Kool.FM targets Gen X listeners". TheHive.Asia. The Malay Mail. 2 March 2016. Dicapai pada 4 May 2016.
- ^ Awaina Arbee (1 March 2016). "Kool FM to play songs from the 80s and 90s". New Straits Times. Dicapai pada 4 May 2016.
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (3 January 2020). "Kool FM fokus isu semasa, sosial dan komuniti". Berita Harian. Dicapai pada 3 January 2020.
- ^ Georgie Joseph (30 Julai 2021). "Ally Iskandar, Hawa Rizwana, Douglas Lim kini penyampai radio". HMetro. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
- ^ "Ally Iskandar, Hawa jadi penyampai radio Buletin FM". Malaysia Gazette. 2 Ogos 2021. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
- ^ Untuk makluman.
- ^ Khadijah Ibrahim (2 Januari 2007). "Ikhwan tinggalkan Kool FM". Utusan Malaysia (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 1 Disember 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)