Buka menu utama

Bulgogi

Masakan daging pedas Korea

Bulgogi (Sebutan bahasa Korea: [pulɡoɡi]; Bahasa Korea: 불고기) adalah hidangan Korea yang biasanya terdiri daripada perapan daging lembu yang bakar.

Hangul불고기
Perumian SemakanBulgogi
McCune–ReischauerPulgogi

EtimologiSunting

Perkataan bulgogi secara harfiahnya bermaksud daging api di Korea, dan berasal dari dialek Pyongan. Ia merujuk kepada daging diperap, (biasanya daging lembu ), dimasak menggunakan teknik memanggang tradisional seperti kekisi besi atau kubah serabi berlubang yang terletak di atas perapian, tidak seperti menggoreng atau merebus. Istilah ini juga digunakan untuk variasi seperti dak bulgogi (yang dibuat dengan ayam) atau dwaeji bulgogi (dengan daging babi), bergantung pada jenis daging dan perasa yang digunakan.[1]

SejarahSunting

Bulgogi dipercayai berasal dari Goguryeo, apabila pada asalnya dikenali sebagai maekjeok (맥적), dengan daging lembu yang dipanggang dengan pencucuk.[2][3] Ia dipanggil neobiani (너비아니), yang bermaksud daging "nipis yang ditebar",[4] ketika Dinasti Joseon dan secara tradisinya disediakan khusus untuk orang kaya dan golongan bangsawan.[5]

Penyediaan dan penghidanganSunting

 
Bulgogi, daging lembu panggang Korea

Bulgogi diperbuat daripada kepingan nipis daging batang pinang atau lain-lain potongan daging lembu yang utama.[6] Sebelum dimasak, daging diperap untuk meningkatkan rasa dan kelembutan dengan campuran kicap, gula, minyak bijan, bawang putih, lada, dan bahan-bahan lain seperti daun bawang, halia, bawang atau cendawan, terutamanya cendawan butang putih atau matsutake. Pir puri dan bawang sering digunakan sebagai pelembut daging. Kadang-kadang, mi selofan ditambah ke dalam hidangan dan berbeza mengikut rantau dan resipi tertentu. [4][7]

Bulgogi secara tradisional dipanggang, tetapi masakan atas kuali telah menjadi popular. Seluruh bawang putih, hirisan bawang dan cincangan lada hijau turut sering dipanggang atau digoreng dengan daging tersebut.[4] Hidangan ini kadang-kadang dihidangkan dengan salad atau sayuran berdaun, yang digunakan untuk membalut sepotong daging yang dimasak, sering dimakan bersama-sama dengan calitan ssamjang, atau hidangan sampingan yang lain, dan kemudian dimakan bersama-sama.[8]

Dalam budaya popularSunting

Bulgogi disajikan di restoran barbeku di Korea, dan terdapat hamburger berperisa bulgogi dijual di banyak restoran makanan segera di Korea Selatan. Patti hamburger diperap dalam sos bulgogi dan dihidang dengan salad, tomato, bawang, dan keju. Rasanya menyerupai burger teriyaki.[9][10][11]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ (Korea) Bulgogi at The National Institute of the Korean Language Dictionary
  2. ^ The origin of bulgogi, official site of the Ministry of Culture, Sports and Tourism, South Korea.
  3. ^ (Korea) Bulgogi at Encyclopedia of Korean Culture
  4. ^ a b c (Korea) Bulgogi at Doosan Encyclopedia
  5. ^ (Korea) [1]
  6. ^ Bulgogi, Korean Spirit and Culture Project
  7. ^ (Korea) Bulgogi at Encyclopedia of Korean Culture
  8. ^ (Korea) Bulgogi, Hanwoo Board
  9. ^ (Korea) Bulgogi burger, Sports Seoul, 2009-06-21. Retrieved 2010-06-27.
  10. ^ (Korea) Bulgogi burger, Asia Today, 2009-09-11. Retrieved 2010-06-27.
  11. ^ (Korea) Upgrade burgers, Hankook Ilbo, 2010-06-17.Retrieved 2010-06-27.
  • "Bulgogi". The Korean Culture and Information Service (KOIS). Diarkibkan daripada asal pada 2008-03-28. Dicapai 2008-05-18. 
  • "Bulgogi". Munhwa Journal. Dicapai 2008-05-18. 

Pautan luarSunting