Bulletin of the American Mathematical Society

Bulletin of the American Mathematical Society (sering disingkatkan kepada Bull. Amer. Math. Soc.) ialah jurnal matematik yang diterbitkan setiap suku tahun oleh American Mathematical Society. Ia mengandungi hasil kajian untuk topik-topik penyelidikan kontemporari dan ulasan buku dari ahli matematik yang menerima undangan sahaja.

Ia bermula sebagai Bulletin of the New York Mathematical Society dan kemudiannya membuat penukaran nama setelah persatuan ini berkembang ke peringkat kebangsaan. Fungsi Bulletin ini juga telah bertukar dari tahun ke tahun; fungsi asalnya ialah untuk menjadi jurnal penyelidikan untuk ahli-ahlinya.

Pautan luar sunting