Bumblebee
Bumblebee merupakan watak fiksyen dari pelbagai animasi siri dalam francais Transformers.
Bumblebee | |
---|---|
Animasi Bumblebee dalam Transformers Generasi 1 | |
Informasi Penerbit | |
Penerbit | Hasbro |
Kemunculan pertama | Transformers Generasi 1 |
Spesis | Robot |
Model watak ini didasarkan kereta Volkswagen Beetle European Type 1.[1] Motif "kumbang" kenderaan tersebut turut menginspirasikan nama dan penampilan watak ini - bumbleebee dalam bahasa Inggeris bermaksud "kumbang dengung"[2] lalu disesuaikan berwarna kuning hitam seperti haiwan tersebut.
Transformers: Generasi 1Sunting
Templat:Transformers character
Bumblebee (dikenali sebagai Bumble di Jepun, Moscardo di Portugis, Űrdongó di Hungari, Maggiolino di Itali) merupakan "adik kecil puak hero Autobot, sentiasa cuba membuktikan dirinya dalam pandangan robot yang lebih besar dan kuat yang dia hormati, terutama pemimpinnya, Optimus Prime.
Siri animasiSunting
Bumblebee memegang rekod sebagai watak kedua yang muncul di skrin dalam siri Transformers asal, sementara dalam misi mendapatkan kembali sejumlah kecil konduktor tenaga bersama Wheeljack, menggambarkan krisis tenaga yang dialami planet asal mereka Cybertron. Bumblebee kemudiannya antara Transformers menaisi Ark ketika ia berlepas bagi mencari planet baru dan sumber tenaga baru, yang terhempas di Bumi, menyebabkan Transformers di dalamnya terperangkap dalam stasis selama empat juta tahun. Sedar pada tahun 1984, Bumblebee menonjolkan dirinya dengan menyelamatkan Ironhide mengawal sungai melimpah dan menggunakan saiz kecilnya bagi membantu Sparkplug Witwicky meletakkan bahan letupan di tengah operasi melombong Decepticon.
RujukanSunting
- ^ "Movie Review: 'Transformers: Revenge of the Fallen' brings incredible visual effects plus comic relief". The Chicago Defender. Diarkib daripada yang asal pada May 22, 2010. Dicapai pada September 8, 2010.
- ^ bumble bee. Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bumblebee |
- G1 Bumblebee on the Transformers Wiki
- Generation 1 Bumblebee's Data File on Seibertron.com
- ToyBin G1 Toy Gallery
- tfu.info's entry on Bumblebee
- VW model painted to match Bumblebee
- Concept Chevrolet Camaro alleged to be Bumblebee's form in the Transformers Movie
- Bumblebee toy galleries
- Bumblebee Concept Chevrolet Camaro toy gallery
- Bumblebee paper model
- Elaborate Fan-Made Bumblebee Costume from San Diego Comic con 2008