Bumiputera

istilah bagi masyarakat Melayu, peribumi Sabah dan peribumi Sarawak
(Dilencongkan dari Bumiputra)

Bumiputera (Jawi: بوميڤوترا) adalah istilah yang digunakan di Malaysia untuk merujuk penduduk asal yang menghuni Malaysia. Golongan ini terdiri daripada Melayu, Orang Asli dan suku-suku pribumi Sabah dan Sarawak mengikut Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.

Istilah ini berasal daripada bahasa sanskrit yang kemudiannya diserap ke dalam perkataan Melayu klasik bhumiputra (sanskrit: भूमिपुत्र, diromi: bhū́miputra). Ini boleh diterjemahkan secara literal sebagai "penghuni tanah ini".

Bumiputera merupakan kaum-kaum di Malaysia yang merupakan penduduk asal negara ini. Bumiputera terdiri daripada kaum Melayu yang ada di seluruh negeri di Malaysia yang merupakan kaum teramai di dalam Bumiputera. Suku-suku orang-orang asli yang banyak terdapat di Pahang , Perak,Kedah,Terengganu,Kelantan, Selangor dan Johor juga merupakan kaum bumiputera. Orang-orang asli ini dibawah penguasaan JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) yang berfungsi untuk melindungi mereka dan hak mereka sebagai warganegara Malaysia. Seterusnya, peribumi-peribumi yang ada di negeri Sabah dan negeri Sarawak. Peribumi terbesar di Sabah ialah kaum Kadazandusun. Peribumi terbesar di Sarawak pula ialah Iban. Kesemua kaum-kaum ini dipelihara dan dilindungi di negara ini. Mereka mendapat hak dan keistimewaan sebagai kaum bumiputera. Antarannya ialah peluang pendidikan tinggi.Universiti Teknologi Mara sahaja yang memberikan pelajar daripada bumiputera menuntut pengajian tinggi di sini.