Bundeswehr
Bundeswehr (Jerman bermaksud "Tentera Persekutuan"; listen (bantuan·maklumat)) ialah nama gabungan bagi angkatan tentera Jerman dan pentadbiran awam serta pihak berkuasa perolehannya. Negeri-negeri di Jerman tidak dibenarkan mempunyai angkatan tentera sendiri, semenjak Perlembagaan Jerman menyatakan bahawa hal ehwal pertahanan berada didalam tanggungjawab kerajaan persekutuan.[5]
Angkatan Tentera Persekutuan Jerman Bundeswehr | |
---|---|
![]() | |
Diasaskan | 12 November 1955 |
Bentuk kini | 3 Oktober 1990 |
Cabang khidmat | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Ibu pejabat | Berlin, Bonn, dan Potsdam |
Kepimpinan | |
Pemerintah Tertinggi | Ketika masa aman: ialah Menteri Pertahanan[1] Selepas pengisytiharan darurat: ialah Canselor Persekutuan[2] |
Menteri Pertahanan | Annegret Kramp-Karrenbauer |
Inspektor Jeneral | Jeneral Eberhard Zorn (Heer) |
Usia masuk tentera | 17 |
Pengerahan | Ya |
Kakitangan aktif | 182,832 (31 Julai 2019) (Kedudukan Ke-27) |
Kakitangan simpanan | 28,250 (2018) |
Kakitangan diatur | 3,187 (14 Oktober 2019) |
Perbelanjaan | |
Bajet | €47.320 billion ($54.113 bilion) (2019)[3] |
Peratusan KDNK | 1.36% (2019) |
Industri | |
Pembekal domestik | Airbus Rheinmetall Howaldtswerke-Deutsche Werft Krauss-Maffei Wegmann Hensoldt MBDA Deutschland GmbH Heckler & Koch Diehl Defence |
Pembekal luar | ![]() ![]() |
Eksport tahunan | €6.35 bilion (9M pertama tahun 2019)[4] |
Rencana berkaitan | |
Sejarah | Sejarah ketenteraan Jerman |
Pangkat | Lencana pangkat Bundeswehr Jerman |
Bundeswehr telah dibahagikan kepada satu bahagian tentera (angkatan tentera atau Streitkräfte) dan satu bahagian awam berserta pentadbiran angkatan tentera (Wehrverwaltung). Bahagian tentera angkatan pertahanan persekutuan meliputi Heer (Tentera darat), Marine (Tentera laut), Luftwaffe (Tentera udara), cabang-cabang Streitkräftebasis (Pasukan Bantuan Bersama), dan Zentraler Sanitätsdienst (Perkhidmatan Perubatan Bersama).
Menjelang 31 Julai 2015, Bundeswehr mempunyai kekuatan lebih kurang 180,000 anggota,[6] meletakkannya dikalangan 30 angkatan tentera terbesar dunia dan meletakkannya tempat kedua terbesar dalam Kesatuan Eropah dibelakang Perancis dari segi keanggotaan.[6] Sebagai tambahan Bundeswehr mempunyai kira-kira 40,000 anggota simpanan (2014).[7] Dengan perbelanjaan ketenteraan Jerman dianggarkan $46.5 bilion (SIPRI, 2014), Bundeswehr adalah diantara sepuluh tentera terbaik dibiayai di dunia, walaupun dari segi bahagian KDNK Jerman, perbelanjaan ketenteraan kekal pada purata 1.2% dan dibawah cadangan NATO sebanyak 2%.[8]
Lihat juga sunting
- Tentera Rakyat Nasional (NVA atau Angkatan Tentera Jerman Timur)
Rujukan sunting
- ^ "Art 65a Basic Law". Gesetze-im-internet.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2012. Dicapai pada 7 Jun 2011.
- ^ "Art 115b Basic Law". Gesetze-im-internet.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2012. Dicapai pada 7 Jun 2011.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukanNATO
tidak disediakan - ^ "Germany's arms export approvals headed for record high". Deutsche Welle. 7 October 2019. Dicapai pada 20 October 2019.
- ^ "Art 87a (1) Basic Law". Gesetze-im-internet.de. Dicapai pada 7 June 2011.
- ^ a b "Die Stärke der Streitkräfte" (dalam bahasa Jerman). bundeswehr.de. 31 December 2014. Dicapai pada 24 January 2015.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukanIISS
tidak disediakan - ^ http://books.sipri.org/files/FS/SIPRIFS1504.pdf
Bacaan lanjut sunting
- Searle, Alaric (2003). Wehrmacht Generals, West German Society, and the Debate on Rearmament, 1949-1959. Westport, CT: Praeger Pub.
Pautan luar sunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bundeswehr |
- Bundeswehr – Official site (in German)
- Federal Ministry of Defence official site (in German, English and French)
- Bundesamt für Wehrtechnik und Beschaffung official site (in German)
- Bundesamt für Informationsmanagement und Informationstechnik der Bundeswehr official site (in German)
- Territoriale Wehrverwaltung Diarkibkan 2006-01-27 di Wayback Machine official site (in German)
- Y - Magazine of the Federal Defence Forces (in German)
- Zeitschrift fuer Innere Fuehrung (in German)
- Reader Sicherheitspolitik (in German)