Bung Moktar Radin

ahli politik Malaysia

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin (lahir 15 September 1959) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerja Raya Sabah dari 29 September 2020 sehingga 11 Januari 2023. Beliau adalah bekas ahli Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dari tahun 1980 sehingga tahun 1990. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan, Sandakan sejak November 1999 dan menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) untuk Lamag sejak September 2020. Beliau merupakan Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) iaitu parti komponen gabungan Barisan Nasional (BN) sejak tahun 1991. Pada peringkat parti, beliau ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Sabah dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dipilih). Beliau menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah I dan menjawat jawatan Menteri Kerja Raya Sabah (JKR Sabah) setelah gabungan tempatan yang rasmi, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 dan secara rasmi dilucutkan jawatan pada Februari 2023 selepas cubaan menjatuhkan Kerajaan Sabah pimpinan GRS (jawatan beliau digantikan oleh Shahelmey Yahya).


Bung Moktar Radin

SSAP (Pah); SPDK, PGDK (Sabah); AP
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kinabatangan
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
20 Disember 1999 – 10 Oktober 2022
Didahului olehJuhar Mahiruddin
Majoriti6,326 (2008)
9,731 (2013)
9,478 (2018)
4,330 (2022)
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Lamag
Memegang jawatan
29 September 2020
Didahului olehKonstituensi baharu
Majoriti661 (2020)
Pengerusi Barisan Nasional Sabah
Memegang jawatan
2018
Didahului olehMusa Aman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah
Memegang jawatan
2018
Didahului olehMusa Aman
Timbalan Ketua Menteri I Sabah
Dalam jawatan
29 September 2020 – 10 Januari 2023
Berkhidmat dengan
Jeffrey Kitingan
Joachim Gunsalam
Didahului olehWilfred Madius Tangau
Christina Liew
Jaujan Sambakong
Digantikan olehJeffrey Kitingan
Menteri Kerja Raya Sabah
Dalam jawatan
29 September 2020 – 10 Januari 2023
Ketua MenteriHajiji Noor
Pembantu Menteri
Didahului olehMasidi Manjun
Digantikan olehShahelmey Yahya
Timbalan Pengerusi
Gabungan Rakyat Sabah
Dalam jawatan
27 September 2020 – 10 Mac 2022
Berkhidmat dengan
Maximus Johnity Ongkili
Jeffrey Kitingan
PengerusiHajiji Noor
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehPandikar Amin Mulia
Timbalan Pengerusi
Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC)
Dalam jawatan
2008–2018
Butiran peribadi
LahirMoktar bin Radin
(1959-09-15) 15 September 1959 (umur 64)
Kampung Bilit, Sukau, Kinabatangan, Sandakan, Sabah, Malaysia
Parti politik USNO
(bekas parti, 1980-1990)
GRS
(bekas gabungan, September 2020 - Januari 2023)
Barisan Nasional
UMNO
(sejak 1991)
PasanganDatin Seri Panglima
Nor Asidah Alimudin
Datin Sri Zizie Ezette (k. 2009)
IbuRashidah Jikrun
BapaRadin Yatim
PekerjaanAhli Parlimen, Ahli politik

Pada 2 September 2022, Mahkamah Sesyen memerintahkan Bung Moktar dan isteri Zizie Izette Abdul Samad membela diri atas tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.[1]

Latar belakang sunting

Moktar bin Radin dilahirkan pada 15 September 1959 di Sukau, Kinabatangan, Sandakan. Beliau berketurunan Orang Sungai Sukau dan satu dari dua orang isterinya berbangsa Orang Melayu Semenanjung iaitu artis Datin Zizie Ezette. Bung Mokhtar dilahirkan dalam keluarga politik apabila datuk nenek serta ibu bapanya adalah penyokong kuat Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) sejak ia ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Datu Mustapa pada awal 1960-an dan memulakan kerjaya politik sebagai ahli politik USNO pada tahun 1980. Ibu bapa beliau ialah Rashidah Jikrun dan Radin Yatim. Isteri beliau ialah Datin Seri Panglima Nor Asidah Alimudin dan artis Zizie Ezette.[perlu rujukan]

Pendidikan sunting

Kerjaya sunting

Sebelum menjadi Ahli Parlimen, beliau pernah berkhidmat dengan Jabatan Hal-Ehwal Khas Sandakan (1987-1991), Pegawai Luar Bandar MARA Sandakan (1991-1992) dan Setiausaha Politik (1994-1999).[perlu rujukan]

Politik sunting

Jawatan politik sunting

  • Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) (sejak 2008)
  • Ahli Parlimen Kinabatangan, Sandakan (sejak 1999)
  • Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan, Sandakan (1996 sehingga sekarang)
  • Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sabah (1991-1995)
  • Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan, Sandakan (1991-1995)
  • Exco Pemuda USNO (1980-1991)
  • Ketua Pemuda USNO Bahagian Kinabatangan, Sandakan (1979-1991)

Kerjaya politik sunting

Beliau kali pertama menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Sabah pada 1994 bagi kerusi Kuamut iaitu kubu kuat pembangkang ketika itu. Beliau kalah kerana mendakwa dirinya disabotaj. Beliau kali pertama memenangi pilihan raya pada 1999 setelah mengalahkan calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Ali Latip Taha untuk kerusi Parlimen Kinabatangan. Sejak menyertai politik pada 1978, beliau menjadi wakil calon USNO dan BN sebanyak lima kali untuk kerusi Sukau dan Parlimen Kinabatangan, Sandakan.[perlu rujukan]

Pada 29 September 2020, Datuk Bung Moktar telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang bertempat di Istana negeri Sabah. Namun, Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor mengumumkan bahawa Datuk Bung Moktar telah bertukar portfolio dengan Datuk Masidi Manjun daripada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah kepada Menteri Kerja Raya Sabah.[3] Pada waktu yang sama, Datuk Bung Moktar juga menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Sabah.[perlu rujukan]

Pelibatan lain sunting

Beliau menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) dan sekaligus menjadi pengerusi (CEO) Sabah Football Club Sdn Bhd pada 6 Jun 2021[4] setelah memegang jawatan tersebut sejak bulan Disember 2020. Beliau mengumumkan peletakan jawatannya pada 8 Januari 2023 susulan penarikan sokongan BN Sabah terhadap Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah. Moktar menyatakan bahawa peletakan jawatan ini atas sebab keinginannya menumpukan perhatian terhadap kerjaya politiknya, walaupun dilihat oleh penyokongnya sebagai tanda 'protes' jawatan.[5]

Kontroversi sunting

Bung Moktar telah menimbulkan pelbagai kes kontroversi melalui perkataan-perkataannya dalam tempohnya di parlimen, kontroversi rasuah dan terkenal dengan kontroversi penarikan sokongan atau melompat sokongan selaku ketua parti.

Penggunaan bahasa kesat sunting

Bung Moktar menarik perhatian apabila menggunakan perkataan lucah "Fuck you (Celaka kamu)! Samseng you (kamu) nak gaduh dengan saya" ketika berbahas dengan ahli parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP) dari Bukit Mertajam Pulau Pinang, Chong Eng di persidangan Parlimen pada tahun 2001.[perlu rujukan]

Bung telah menimbulkan kontroversi lagi pada 7 Ogos 2018 ketika sidang Dewan Rakyat penggal ke-14, apabila semasa beliau membahas tentang GST dalam parlimen, beliau disinggung perasaan oleh Ahli Parlimen Puncak Borneo, Sarawak, Willie Mongin yang bertanya sama ada beliau telah mengunjungi kasino; Willie juga pertama kali menjadi anggota parlimen.[6] Berikut ialah petikan.

Willie: Bukan pergi kasinokah, Yang Berhormat Kinabatangan?
Bung: Apa ni? Biadab, ini kurang ajar! Ini tarik balik ini memang biadab, Yang Di-Pertua! Memang kurang ajar! Yang Berhormat tak layak duduk di sini! Samseng, what do you want? [apa yang kamu mahu?] You [anda] nak gaduh dengan saya?! Ini time! [Inilah masa]
Thomas Su: Tanya saja, Yang Berhormat Kinabatangan. Jangan marah.
Bung: Fuck you! [Celaka kamu!]

Berikutan kejadian tersebut, perang mulut telah berlaku dengan anggota parlimen di kedua-dua pihak menjerit kepada satu sama lain. Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon telah gagal mengawal keadaan, namun keadaan telah diselamatkan dengan deringan loceng menandakan waktu rehat tengah hari telah tiba.[6] Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof telah mengingatkan ahli-ahli parlimen supaya menjaga perkataan-perkataan mereka.

Penggunaan "bocor" sunting

Beliau bersama dengan Mohammad Said Yusof (Ahli Parlimen Jasin semasa itu) telah menggemparkan seluruh negara kerana membuat komen seksis atau komen lucah terhadap seorang Ahli Parlimen wanita dari DAP, Fong Po Kuan (Batu Gajah) di Parlimen semasa sidang Parlimen pada tahun 2007. Beliau mengikuti Mohammad Said mengatakan bahawa Fong Po Kuan "bocor" setiap bulan (datang haid), semasa mereka sedang berbahas tentang kebocoran bangunan Parlimen.

"Mana ada bocor? Batu Gajah tiap-tiap bulan pun bocor juga!"

Pada mulanya mereka enggan meminta maaf, tetapi selepas menerima tekanan dari seluruh negara, mereka akhirnya meminta maaf kepada semua wanita selepas bertemu dengan Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa itu). Namun, permintaan maaf mereka ditolak oleh Fong Po Kuan kerana mereka dianggap tidak ikhlas.[9]

Karpal Singh sunting

Beliau sekali lagi menjadi tumpuan ketika hari pertama Parlimen Malaysia ke-12 yang bersidang pada 30 April 2008 selepas dipanggil sebagai 'Bigfoot dari Kinabatangan' oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP, Karpal Singh. Beliau melawan kata dan menjawab Karpal sebagai 'Big Monkey'.[10]

Ketika persidangan Parlimen Malaysia ke-12 pada bulan Mei, Bung Mokhtar sekali lagi terlibat dengan kontroversi yang melibatkan orang kurang upaya (OKU). Beliau dan Ibrahim Ali meminta Karpal Singh, yang berkerusi roda setelah kemalangan untuk berdiri dan menunjukkan hormat kepada Speaker Dewan.[11]

Isyarat lucah sunting

Bung Moktar sekali lagi terlibat dengan kontroversi apabila beliau dikatakan menggunakan tangannya untuk membuat isyarat lucah di persidangan Parlimen pada 8 Julai 2008. Perbuatannya itu telah disaksikan setiap rakyat Malaysia yang menonton siaran langsung persidangan tersebut di televisyen. Walau bagaimanapun, beliau menafikan isyarat itu ialah isyarat lucah dan hanya orang yang berfikiran kotor sahaja yang menganggap isyarat itu bersifat lucah.[12]

Perkahwinan dengan artis Zizie Ezette sunting

Pada 18 Disember 2009, terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa beliau berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air Zizie Ezette yang disahkan oleh rakan baiknya, Datuk Mohamad Aziz yang menyatakan mereka berdua sudah berkahwin.[13] Walaupun begitu, perkahwinan ini dinafikan oleh ibu Zizie, Khaty Fauziah yang menyatakan bahawa semuanya tidak benar dan sebagai ibu sudah tentu beliau paling sibuk ketika ini menyelenggarakan majlis pernikahan anaknya. Sungguhpun begitu, beliau memang mempunyai hubungan dengan artis tersebut dan Khaty hanya dimaklumkan oleh Zizie bahawa Bung Moktar ada melamarnya sebagai isteri tetapi itu adalah "di antara mereka berdua". [14]

Pada 31 Disember 2009, Utusan Malaysia melaporkan bahawa beliau kini dikatakan sedang berbulan madu di Eropah bersama isterinya, Zizie Izette, dan dijangka pulang ke tanah air pada 8 Januari 2010.[15] Akhirnya pada 20 April 2010, kedua-duanya mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Disember 2009. Beliau didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.[16]

Komen Hitler sunting

Bung menimbulkan kontroversi secara antarabangsa apabila beliau memuji kemenangan negara Jerman yang memenangi mata 7 – 1 terhadap Brazil dalam pertandingan separuh akhir dalam Piala Dunia FIFA 2014 di laman web sosial Twitter.[perlu rujukan]

Bung Moktar Radin Twitter
@MyKinabatangan

bahasa Inggeris: WELL DONE. BRAVO. LONG LIVE HITLER...


Tahniah. Syabas. Dirgahayu Hitler...

9 Julai 2014[17]

Perkataan Bung telah mencetuskan kontroversi dengan duta negara Jerman menyatakan bahawa perkataan-perkataannya "tidak dapat diterima".[perlu rujukan]

            

Desak Shahrizat undur sunting

Pada 3 Disember 2011, semasa Perhimpunan Agung UMNO 2011, beliau sekali lagi menggesa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan kerana menjadi liabiti kepada kerajaan BN dan UMNO. Isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) di Gemas dengan pinjaman mudah RM250 juta dikaitkan dengan suami dan anak-anaknya.[18]Pembangkang mendedahkan operasi NFC mengalami kerugian tetapi NFC membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah. Terbaru, NFC didedahkan membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya.[19] Namun , Shahrizat menafikan dia terlibat malah mencabar Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan kerana kesalahan suaminya. Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia Datuk Seri Khalid Abu Bakar mendakwa tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam penggunaan dana untuk NFC.[20]

Anugerah sunting

Darjah kebesaran Malaysia sunting

Keputusan pilihan raya sunting

Tahun Kawasan Undian Majoriti Jumlah pengundi Lawan Peratusan pengundian
1994 N23 Kuamut 1,449 kalah (735) 3,891 Joseph Sitin Saang (PBS) 72.34%
Ali Latip Taha (Bebas)
2020 N58

Lamag

3,035 menang (661) 8,159 Mohd Ismail Hj. Ayob (Warisan) 68.81%
Junny@Karuak bin Abdullah (Bebas)
Razman bin Mayah (PCS)
Sairin Abd. Rahman (PPRS)
Tahun Kawasan Undian Majoriti Jumlah pengundi Lawan Peratusan pengundian
1999 P162 Kinabatangan 8,141 menang (3,895) 12,387 Ali Latip Taha (PBS) 58.84%
2004 P187 Kinabatangan menang tanpa bertanding
2008 P187 Kinabatangan 8,507 menang (6,326) 12,203 Ahmad Abdul (PKR) 65.53%
Dasim @ Ricky Jikah (Bebas)
2022 P187 Kinabatangan 16,842 menang (4,330) 44,773 Mazliwati binti Abdul Malek (Warisan) 65.56%

Rujukan sunting

  1. ^ Bung Moktar, isteri diarah bela diri kes rasuah RM2.8 juta
  2. ^ ""The Star: Speaking his mind, oleh Philip Golingai"".
  3. ^ "Hajiji umum Bung Moktar dan Masidi tukar portfolio". www.malaysiakini.com. 2020-09-29. Dicapai pada 2020-10-02.
  4. ^ Izwan Abdullah (6 Jun 2021). "Bung Moktar sah Presiden SAFA". BH Online. Dicapai pada 11 Januari 2023.
  5. ^ Suraidah Roslan (8 Januari 2023). "Bung Moktar letak jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 Januari 2023.
  6. ^ a b c "Gila-gila parlimen: Dari f*** you ke 'sesat ini neraka'". Malaysiakini.com. Ogos 21, 2018. Dicapai pada Ogos 19, 2021.
  7. ^ Faiz Zainudin (Ogos 7, 2018). "Dewan Rakyat kecoh lagi, Bung Moktar sebut 'f*** you'". Free Malaysia Today. Dicapai pada Februari 8, 2020.
  8. ^ "Dewan Rakyat kecoh Ahli Parlimen keluar kata-kata kesat". Utusan Borneo Online. Utusan Borneo. 2018-08-08. Dicapai pada 2018-08-09.
  9. ^ "MPs say sorry". The Star. 19 Mei 2007. Dicapai pada 2008-05-21.
  10. ^ "New Malaysian parliament's first debate gets ugly". Taipei Times. 1 Mei 2008. Dicapai pada 2008-05-21.
  11. ^ "Disabled `storm' Malaysian parliament". India eNews. 9 Mei 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-09. Dicapai pada 2008-05-21.
  12. ^ "Lewd gesture?". Daily Express. 11 Julai 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-09. Dicapai pada 2008-07-19.
  13. ^ [http://www.malaysiakini.com/news/120116 "Bung Moktar sah nikah Zizie, kata rakan MP", Malaysiakini.com, 18 Disember 2009.
  14. ^ [https://web.archive.org/web/20091219032750/http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm Diarkibkan 2009-12-19 di Wayback Machine "Zizie belum nikah - Ibu", Utusan Online, 17 Disember 2009.
  15. ^ "Zizie berbulan madu ke Eropah", Utusan Online. 31 Disember 2009.
  16. ^ "", Malaysiakini.com. 20 April 2010.
  17. ^ Ralat Lua pada baris 45 di Modul:TwitterSnowflake: attempt to index local 'x' (a nil value).
  18. ^ "Isu NFC: Bung Moktar ulang gesa Shahrizat letak jawatan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2011-12-03.
  19. ^ "Seleweng RM250 juta jumlah kecil bagi Umno". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-04. Dicapai pada 2011-12-03.
  20. ^ "Fidlot: Kenyataan polis tak mampu selamatkan Umno". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-04. Dicapai pada 2011-12-03.
  21. ^ MOHAMAD SHOFI MAT ISA (24 October 2016). "613 terima darjah kebesaran Sultan Pahang". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 February 2018. Dicapai pada 3 May 2019.