Bunga-Bunga Cinta
"Bunga-bunga Cinta" (Inggeris: "Euphoric of Love" (literal); "The Flowers of Love" (translated)) ialah lagu debut nyanyian penyanyi popular Malaysia, Misha Omar mula diperkenalkan menerusi album kompilasi Pasti Hits Adnan vs Azlan dan kemudiannya dimuatkan dalam album sulung Misha berjudul Misha pada tahun 2002.
"Bunga-bunga Cinta" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Misha Omar | ||||
daripada album Pasti Hits Adnan vs Azlan & Misha | ||||
Dilancarkan | 28 Julai 2002 | |||
Dirakamkan | Mei-Jun 2002 | |||
Format | CD | |||
Genre | Pop, balada, dan R&B | |||
Panjang | 5:04 | |||
Syarikat | BMG Music Malaysia | |||
Penulis | Adnan Abu Hassan | |||
Penerbit | Adnan Abu Hassan | |||
Kronologi single Misha Omar | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Produksi
sunting- Penerbit: Adnan Abu Hassan
- Penggubah Muzik: Adnan Abu Hassan
- Papan nada: Adnan Abu Hassan, Azlan Abu Hassan dan Syed EnV
- Dram: Ujang
- Bes: Eddie Marzuki
- Mandolin : Eddie Marzuki
- Gitar: Sham Kamikaze, Bode & Eddie Marzuki
- Suara Latar: Adnan Abu Hassan, Azlina Abu Hassan, Teja, Samihah Omar, Sri Temenggong
- Jururakam: Grooveworks Studio
- Mastering: Fauzi Marzuki di Sonic Mastering Lab, Don Bartley - Studio 301, Australia
Video Muzik
suntingBMG Malaysia menerbitkan dua buah video muzik untuk lagu ini pada tahun 2002 dan 2003. Video yang pertama dirakamkan di Malaysia di bawah arahan Bob Hamzah dan dimuatkan dalam album karaoke pada 2003. Video rasmi lagu ini dibuat penggambarannya di Jakarta, Indonesia di bawah arahan pengarah terkenal Rizal Mantovani pada akhir tahun 2003 untuk pasaran kedua-dua negara. Ia menampilkan Misha bersama pelakon dan model terkenal Indonesia, Okan Kornelius. Video ini kemudiannya dimuatkan ke dalam akaun VEVO pada tahun 2009. Selain dua versi ini, terdapat sebuah lagi muzik video promo yang ambil daripada sedutan persembahan live Misha ketika pembukaan konsert kumpulan Westlife di Kuala Lumpur pada tahun 2002.
Video Mashup Karaoke 2002 dan 2003 dan sekali lagi dikeluarkan pada 2012 untuk versi karaoke daripada Sony Music Malaysia.
Persembahan
suntingLagu ini mula dipersembahan secara langsung kepada umum ketika Konsert Jelajah Westlife pada 30 Oktober 2002. Misha kemudian menyanyikan lagu ini untuk beberapa program TV termasuk dalam persembahan segmen artis baru terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-10. Pada bulan September 2003, Misha menyanyikan lagu ini dan lagu "Ayu" secara mash-up bersama kumpulan V.E di Anugerah Era 2003. Rakaman secara langsung lagu tersebut diputarkan di Radio Era. Lagu ini juga dibawa bertanding ke Anugerah Muzik Asia di Festival Muzik Asia Shanghai 2003 di mana Misha memenangi anugerah utama. Misha juga membuat persembahan lagu ini buat pertama kalinya di bawah pimpinan orkestra Ramli M.S. di Anugerah Juara Lagu ke 18, juga menyaksikan Misha bergelar juara. Ia menjadi permulaan kolaborasi di antara kedua-dua mereka. Misha juga sekali lagu menyanyikan lagu ini di pentas AJL sepuluh tahun kemudian iaitu pada tahun 2013 untuk segmen pembukaan.
Ketika berlangsungnya acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003, Biduanita Negara Sharifah Aini memberi penghormatan kepada Misha dengan menyanyikan lagu ini di segmen penutup, tetapi beliau gagal mengingati lirik lagu tersebut. Misha yang turut muncul bersama Siti Nurhaliza segera membantu Sharifah mendendangkan lagu tersebut. Persembahan tersebut menjadi permulaan episod kontroversi yang panjang melibatkan ketiga-tiga penyanyi tersebut.
Misha menyampaikan lagu ini dalam kesemua konsert solonya.
Pencapaian
suntingPrestasi Carta
suntingLagu ini pernah menjuarai Carta Radio Muzik selama 3 minggu dan kedudukan tertinggi di dalam Carta Era adalah di tangga kedua setelah beberapa minggu disekat oleh lagu "Kesetiaan" (Sarah) dan "Mak Minah" (Triplenoize).
1 | Lagu nombor satu dalam carta |
Carta belum diwujudkan atau ditamatkan | |
TD | Tarik diri di peringkat pencalonan |
Tahun | Tajuk | Posisi tertinggi | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
RIM MY | Spotify | MUZIK | ERA | Red 104.9 |
HOT | Suria | RIA SG | Baik Banget ID | MM | ||||
2002 | 1 | 2 | 2 | 3 | 10 | 1 |
Kronologi Carta
suntingMinggu | Carta | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
RIM MY | Spotify | MUZIK | ERA | Red 104.9 |
MM | |||||||
11 Ogos 2002 | - | 18 | 14 | - | ||||||||
18 Ogos 2002 | 15 | 18 | 11 | - | ||||||||
25 Ogos 2002 | 17 | 16 | 13 | - | ||||||||
1 September 2002 | 12 | 11 | 15 | - | ||||||||
8 September 2002 | 8 | 12 | 12 | - | ||||||||
15 September 2002 | 7 | 11 | 11 | - | ||||||||
22 September 2002 | 9 | 4 | 3 | - | ||||||||
29 September 2002 | 3 | 2 | 3 | - | ||||||||
6 Oktober 2002 | 1 | 4 | 3 | - | ||||||||
13 Oktober 2002 | 1 | 4 | 2 | - | ||||||||
20 Oktober 2002 | 1 | 2 | 3 | - | ||||||||
27 Oktober 2002 | 2 | 11 | 5 | - | ||||||||
3 November 2002 | 4 | 6 | 6 | - | ||||||||
10 November 2002 | 5 | 8 | 11 | - | ||||||||
17 November 2002 | 10 | 9 | 15 | - | ||||||||
24 November 2002 | 12 | 15 | 13 | - | ||||||||
1 Disember 2002 | 11 | 15 | - | - | ||||||||
8 Disember 2002 | 16 | 11 | - | - | ||||||||
15 Disember 2002 | 19 | 18 | - | - | ||||||||
22 Disember 2002 | 16 | 19 | - | - | ||||||||
29 Disember 2002 | - | 17 | - | - | ||||||||
5 Januari 2003 | - | - | - | - | ||||||||
12 Januari 2003 | - | 16 | - | - | ||||||||
19 Januari 2003 | - | 17 | - | - |
Penganugerahan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2003 | Anugerah Industri Muzik ke-12 | Lagu Terbaik | Tercalon |
Anugerah Era 2003 | Artis Baharu Pilihan | Menang | |
Asia New Singer Competition - Anugerah Muzik Asia Shanghai ke-6 | Saringan - Top 35 | Mara | |
Lagu Terbaik | Tercalon | ||
Anugerah Juara Lagu ke-18 | Separuh Akhir (Balada) | Mara | |
Vokal Terbaik | Menang | ||
Persembahan Terbaik | Tercalon | ||
Kategori Balada | Menang | ||
Juara Keseluruhan | Menang | ||
2004 | Anugerah Media Hiburan | Lagu Sepanjang Tahun | Menang |
2015 | Anugerah Juara Lagu ke-30 | Anugerah Qu Diva AJL | Tercalon |
Nafas Baru
suntingVersi Diandra Arjunaidi
sunting"Bunga-bunga Cinta" | |
---|---|
Single oleh Diandra Arjunaidi | |
daripada album The Red Tour's Cornetto's Love | |
Dilancarkan | 14 April 2014 |
Dirakamkan | 2014 |
Format | CD |
Genre | Pop dan jaz |
Panjang | 5:05 |
Syarikat | Bintang Malam Entertainment |
Penulis | Adnan Abu Hassan |
Penerbit | Yunalis Zarai |
sunting · sunting di Wikidata |
Pada tahun 2014, penyanyi jazz Diandra Arjunaidi merakamkan semula lagu ini dalam susunan muzik yang lebih lembut untuk kempen Cornetto's Love [1].
Saduran / Pertandingan
suntingTahun | Artis | Nota |
---|---|---|
2003 | Liza | Akademi Fantasia 1 [2] |
2004 | Sharifah Aini, Siti Nurhaliza | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 |
2005 | Marsha Londoh , Amylea Azizan | Akademi Fantasia 3 |
2008 | Jess Lo | Astro Talent Quest (Wah Lai Toi) |
2011 | Shila Amzah | Youtube cover |
2014 | Hafiz Suip | Segment tribute Adnan Abu Hassan Anugerah Skrin 2014 |
2015 | Princess Pasca | Ceria Popstar 3 [3] |
2016 | Siti Sarah Raisuddin | Gegar Vaganza 3 |
2017 | Aina Abdul | Youtube cover [4] |
2018 | Pasya | Mentor 7 [5] |
2019 | Mohamad Yaacob (Si Comel Miaw Miaw) dan Alyssa Rosli | I Can See Your Voice Malaysia S2 - Ep 11 (Ajai) [6] |
2020 | Aiman & Nadja | Lagu Cinta Kita 2 [7] |
2023 | Ziana Zain | Konsert Akhir Ceria Popstar Xtra |
2023 | Nadeera | Big Stage 4 |
2024 | Kyuhyun | Kyuhyun : Restart Asia Tour 2024[8] |
Rujukan
sunting- ^ https://www.youtube.com/watch?v=PMQGSWEKKyk
- ^ https://www.youtube.com/watch?v=zD2u6ujqkQQ
- ^ https://www.youtube.com/watch?v=leTOSKUnzqc
- ^ https://www.youtube.com/watch?v=TPamNS4nLBk
- ^ https://www.youtube.com/watch?v=uZZvb6PQjNc
- ^ https://www.youtube.com/watch?v=CO4Wzw9tb9o
- ^ https://www.youtube.com/watch?v=JAxyMWkAzzE
- ^ https://www.instagram.com/reel/C5syWcKRBEj/?igsh=d2FsMzUydzZvaHp0