Bunga keladi bunting

Bunga keladi bunting[1] atau nama saintifiknya Eichhornia crassipes ialah sejenis pokok bunga berwarna putih ungu. Di setengah tempat, bunga ini digunakan semasa keramaian dengan disemat di baju batik.[petikan diperlukan] Untuk mendapatkan bunga ini pokok keladi bunting ini perlu di tanam di permukaan air. Ia amat cepat membiak bunganya mudah diperolehi.

Bunga keladi bunting
Eichhornia crassipes C.jpg
Pengelasan saintifik e
Alam: Tumbuhan
Klad: Angiosperms
Klad: Monocots
Klad: Commelinids
Order: Commelinales
Keluarga: Pontederiaceae
Genus: Eichhornia
Spesies:
E. crassipes
Nama binomial
Eichhornia crassipes

Pokok ini berasal daripada keluarga Pontederiacea, dan mempunyai batang yang tak nyata, tangkai daun yang bergabus dan boleh membesar untuk menyimpan air. Daunnya berbentuk C dan mempunyai lapisan permukaan daun seperti lilin. Ia membiak secara vegetatif dan anak pokok akan tersebar apabila terpisah dari pokok induk.

Di setengah tempat tanpa haiwan kawalan biologi, pokok keladi bunting ini boleh menjadi tumbuhan spesies ceroboh. Di kawasan ekosistem air tenang, bunga ini boleh menutupi permukaan air dan mengganggu ekosistem tersebut. Di kawasan pengairan pula, bunga ini boleh menjadi rumpai penakluk kerana sukar untuk dihapuskan.[2] Penggunaan mesin mekanikal memakan kos yang tinggi, manakala penggunaan racun akan merosakkan ekosistem kerana ia tumbuhan akuatik. Kegagalan menangani pokok ini pula akan mendatangkan bencana seperti banjir apabila ia menutup aliran air keluar dari sistem pengairan. Dengan tambahan hujan yang lebat banjir boleh berlaku.[3]

Di sesetengah tempat ia digunakan sebagai makanan ternakan dan merawat logam berat dalam sistem akuatik[1] dan bahan buangan seramik[4] serta sebagai bahan bakar.[3]

RujukanSunting

  1. ^ a b Eichhornia crassipes[pautan putus]
  2. ^ Laupa Junus (17 Januari 2004). "Ekosistem tanah lembap terancam". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017.
  3. ^ a b Siti Aminah Mohd. Yusof. "Briket mesra alam, kurang pelepasan asap". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017.
  4. ^ Siti Hanna Elias; Maketab Mohamed; dll. (2014). "Biopemulihan Keladi Bunting untuk Industri Air Sisa Seramik Aplikasi Perawatan Sistem Rizoturasan". Sains Malaysiana (ed. 43). 9: 1397–1403. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017.

Pautan luarSunting