Tournesols ("Bunga Matahari" - tajuk bahasa Inggeris: Sunflowers) ialah nama 2 siri lukisan oleh pelukis Belanda Vincent van Gogh. Siri pertama yang dibuat di Paris pada tahun 1887 memperlihatkan bunga yang berada di tanah manakala set ke-2 dibuat setahun kemudian di Arles dan menunjukkan jambakan bunga matahari dalam suatu pasu tempayan.

Bunga Matahari (dipamerkan di Galeri Negara, London)

Pada 30 Mac 1987, syarikat insurans Jepun Yasuo Goto membayar USD39.9 juta untuk memperolehi seni Vase avec cinq tournesols oleh Van Gogh dalam suatu lelongan lukisan; pada masa itu harga tersebut merupakan tawaran harga paling tinggi untuk hasil seni,[1] Rekod ini dipecah kemudian pada 11 November tahun sama dengan pembelian sebuah lukisan van Gogh yang lain, Les Iris, oleh seorang peniaga British bernama Alan Bond di Sotheby's, New York sebanyak USD53.9 juta. Lukisan tersebut kini dipamerkan di Muzium Seni Peringatan Seiji Togo Yasuda di Tokyo.

Rujukan sunting

  1. ^ Clines, Francis X. (31 Mac 1987). "Van Gogh Sets Auction Record: $39.9 million". The New York Times. Dicapai pada 2008-06-13. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)

Pautan luar sunting