Tuan Haji Buni Amin Hamzah ialah bekas ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau pernah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk Salor selama dua penggal dari tahun 1999 hingga tahun 2008[1][2]. Buni Amin dilahirkan di Kampung Bagan Bawah, Pulai Chondong. dan mendapat pendidikan tinggi di Universiti Malaya dan pernah berkhidmat sebagai pegawai FAMA pada 1980 hingga 1999, sebelum bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia 1999[1].

Tuan Haji

Buni Amin Hamzah
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk Salor
Dalam jawatan
1999–2008
Didahului oleh Ahmad Rusli Iberahim
Digantikan oleh Husam Musa
Butiran peribadi
Lahir1956
Kampung Bagan Bawah, Pulai Chondong
Meninggal dunia11 Mac 2011
Jertih, Terengganu
Tempat persemadianKampung Larak, Kota Bharu, Kelantan
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Bekas Adun Salor kembali ke rahmatullah". Pemuda Sarawak. 14 Mac 2011. Dicapai pada 13 November 2021.
  2. ^ Mohd Sayuti Omar (11 Mac 2011). "Belasungkawa Bekas Adun Salor Kelatan Meninggal Dunia". Merah Tinta MSO. Dicapai pada 13 November 2021.