Bunuh diri Ryan Halligan

Ryan Patrick Halligan (18 Disember 1989 - 7 Oktober 2003) merupakan seorang pelajar dari Amerika Syarikat yang meninggal dunia setelah membunuh diri di usia 13 tahun. Beliau bertindak membunuh diri selepas dibuli oleh rakan sekelasnya dan buli siber secara dalam talian. Menurut Associated Press, Halligan berulang kali menerima mesej berbaur homofobik, dan "diancam, diejek dan dihina tanpa henti". [1]

Ryan Halligan
Kelahiran
Ryan Patrick Halligan

(1989-12-18)18 Disember 1989
Meninggal dunia7 Oktober 2003(2003-10-07) (umur 13)
Sebab kematianMenggantung diri
DikebumikanHoly Family Cemetery, Essex Junction, Vermont, U.S.
WarganegaraAmerika
PekerjaanPelajar
Ibu bapaJohn P. Halligan
Kelly Halligan
Laman web rasmiMemorial Site

Bapanya, John P. Halligan, seorang bekas jurutera IBM, kemudiannya melobi agar undang-undang diluluskan di Vermont untuk menambah baik cara sekolah menangani buli dan pencegahan bunuh diri . Beliau juga pernah berceramah di sekolah-sekolah di negeri lain tentang kisah anaknya.

Kes Halligan telah dipetik oleh penggubal undang-undang yang mencadangkan peruntukan undang-undang untuk menangani buli siber.[1] Sebagai tindak balas, undang-undang telah digubal bagi menangani masalah buli siber dan risiko bunuh diri remaja di Vermont. [2] Pada tahun 2008, kes bunuh diri Halligan dan punca beliau bertindak sedemikian telah diperiksa dalam segmen program televisyen PBS <i id="mwHA">Frontline</i> bertajuk "Growing Up Online." Kes buli beliau juga telah dirujuk oleh banyak berita lain.

Biografi sunting

Kehidupan awal sunting

Halligan telah dilahirkan pada 18 Disember 1989, [3] di Poughkeepsie, New York merupakan anak kepada John P. dan Kelly Halligan. Keluarganya berpindah ke Essex Junction, Vermont, tempat Halligan bersekolah di Sekolah Rendah Hiawatha dan, kemudian, Sekolah Menengah Albert D. Lawton. [4]

Beliau digambarkan oleh bapanya sebagai seorang yang memiliki "jiwa yang lembut, sangat sensitif," yang mengalami beberapa kelewatan perkembangan yang menjejaskan pertuturannya dan koordinasi fizikal pada tahun-tahun awal persekolahannya. Walaupun beliau berjaya mengatasi kesukaran tersebut semasa di gred empat, beliau dikatakan oleh bapanya sebagai "masih berjuang dan zaman persekolahan tidak pernah mudah baginya, namun beliau sentiasa muncul dengan senyuman diwajahnya, bersemangat untuk melakukan yang terbaik". [4]

Buli sunting

2000–2001 sunting

Ketika Halligan berada di gred 5, beliau telah mula dbuli oleh sekumpulan pelajar di sekolahnya kerana gangguan pembelajarannya, minatnya terhadap muzik (dram dan gitar), dan cintanya pada drama. Bapanya berkata bahawa apabila Halligan mengadu kepadanya, beliau bertindak menasihatkan anaknya untuk tidak mengendahkannya memandangkan mereka hanya membulinya secara lisan. Keluarga itu kemudiannya berkata dalam dokumentari pendek bahawa Halligan telah mendaftar untuk sesi kaunseling, dengan sedikit kejayaan. Selepas itu beliau berpindah ke sekolah menengah, di mana buli berterusan apabila Halligan berada di gred 7.

2002–2003 sunting

Pada Disember 2002, Halligan memberitahu bapanya bahawa buli telah bermula lagi. Beliau telah meminta set Taebo Kick Boxing untuk Krismas bagi mempelajari cara-cara mempertahankan dirinya. Pada mulanya, bapanya ingin bersemuka dengan pengetua sekolah bagi menyelesaikan masalah buli anaknya itu, tetapi Halligan menegaskan bahawa beliau mahu belajar cara untuk melawan dan percaya bahawa tindakan mengadu mengenai pelajar lain yang membulinya akan memburukkan keadaan. Selepas Krismas, Halligan dan bapanya mula melakukan rutin berlatih di tingkat bawah rumahnya selama 2 jam pada setiap malam. Selepas beliau belajar mempertahankan diri, bapanya menasihatkannya agar tidak bergaduh di sekolah, tetapi berkata bahawa jika mana-mana pelajar pernah menyentuhnya secara agresif, Halligan dibenarkan untuk mempertahankan dirinya. [4]

Pada Februari 2003, Halligan bergaduh dengan seorang pembuli, yang disuraikan oleh penolong pengetua; selepas itu, pembuli itu berhenti mengganggunya. Bapa Halligan berkata bahawa beliau berbangga dengan anaknya kerana mempertahankan dirinya sendiri. Menjelang penghujung gred 7, Halligan memberitahu bapanya bahawa beliau dan pembuli itu telah menjadi kawan. Ibu bapanya memberi amaran kepadanya supaya berhati-hati dengan persahabatan tersebut memandangkan pembuli tersebut telah mengganggunya sejak sekian lama. Kedua-dua pelajar tersebut berkawan untuk masa yang singkat. Halligan telah menceritakan mengenai pemeriksaan yang memalukan yang dialaminya selepas mengalami sakit perut. Halligan tahu ceritanya itu telah disalahguna bagi menyebarkan khabar angin bahawa Halligan merupakan seorang gay. [5]

Musim panas 2003 sunting

Menurut bapanya dan laporan berita, semasa musim panas pada tahun 2003, Halligan telah menghabiskan banyak masanya dalam talian, terutamanya pada AIM dan perkhidmatan pemesejan segera yang lain. Halligan tidak memberitahu ibu bapanya tentang perkara ini. Semasa musim panas, beliau telah dibuli secara dalam talian oleh rakan sekolah yang mengejeknya, menyangka beliau adalah gay. Kejadian buli turut dihadapinya di sekolah sehinggalah bapanya kemudian mengetahui bahawa Halligan pernah berlari keluar dari kelasnya sambil menangis. [4] Memandangkan Halligan secara tidak sengaja telah menyimpan perbualan dalam talian ini pada cakera kerasnya apabila beliau memasang DeadAIM, bapanya dapat membaca perbualan tersebut Halligan sengaja menyimpan transkrip pertukaran dalam talian di mana Ashley, seorang gadis popular yang diminati Halligan, berpura-pura menyukainya. Kemudian di sekolah, Ashley memberitahunya bahawa beliau hanya bergurau dan melabelnya sebagai "loser". [6] Menurut laporan ABC Primetime, Ashley pernah menjadi kawannya dan membelanya semasa mula-mula dibuli, tetapi apabila menjadi lebih popular, Ashley telah meninggalkannya. Halligan mendapati Ashley hanya berpura-pura menyukainya untuk mendapatkan maklumat peribadi tentangnya. Gadis itu bertindak menyalin dan menampal perbualan peribadi mereka ke IM lain di kalangan rakan sekolahnya untuk memalukan dan mengaibkannya.

Selepas Ashley memanggilnya "loser", Halligan berkata, "Gadis seperti kamu yang membuatkan saya mahu membunuh diri." Bapanya mengetahui perkara ini kemudian kerana ia adalah satu perkara yang direkodkan dengan polis tempatan. Bapa Halligan juga telah menemui beberapa perbualan antara anaknya itu dengan seorang budak lelaki lain yang nama skrinnya tidak dikenali. Halligan mula berkomunikasi dalam talian dengan rakan penanya itu berkaitan bunuh diri dan kematian, serta memberitahunya bahawa beliau ada memikirkan tentang bunuh diri. Mereka telah bertukar-tukar maklumat yang mereka temui di tapak yang berkaitan dengan kematian dan bunuh diri, termasuk tapak yang mengajar mereka cara membunuh diri tanpa rasa sakit. Sahabat pena itu menjawab "Fuh. Ini tentang masanya," tidak lama selepas Halligan memberitahunya beliau berfikir untuk membunuh diri iaitu dua minggu sebelum beliau membunuh diri. Ia merupakan perbualan terakhir beliau dengan sahabat penanya itu. Seperti yang diketahui oleh bapa Halligan, bertentangan dengan kepercayaan popular, sahabat pena Halligan merupakan seorang budak lelaki yang dikenalinya sehingga gred tiga sebelum budak lelaki itu dan ibu bapanya berpindah. Apabila mereka menemui satu sama lain dalam talian, mereka bersahabat semula.

Rakan pena itu, menurut bapa Halligan, berubah menjadi seorang yang sangat negatif dengan pandangan hidup yang suram. Dalam talian, budak lelaki itu membincangkan betapa mereka membenci rakan sekelas mereka yang popular dan tentang perasaan mereka. Sahabat pena itu mencadangkan bunuh diri sebagai jalan keluar, dengan menulis, "Jika anda membunuh diri anda benar-benar akan membuat mereka berasa sedih." Bapa Halligan berkata bahawa budak lelaki itu adalah kawan paling teruk yang mungkin ada pada Halligan pada masa itu. [4]

Ibu bapanya mengakui bahawa Halligan telah membincangkan beberapa kebimbangannya dan bunuh diri. Halligan telah memberitahu mereka bahawa kad laporannya akan menjadi buruk, dan bimbang ibu bapanya akan kecewa dengannya. Suatu malam beliau bertanya kepada ayahnya sama ada bapanya itu pernah terfikir untuk membunuh diri dan bapanya menjawab "pernah terfikir untuk membunuh diri", tetapi juga berkata, "Ryan, bayangkan jika saya melakukan itu. Lihatlah semua perkara yang kita akan terlepas sebagai sebuah keluarga." [4]

Kematian dan skandal buli siber yang seterusnya sunting

Pada 7 Oktober 2003 semasa bapanya mengikuti lawatan kerja, Halligan telah bertindak menggantung dirinya menggunakan tali jubah mandi milik kakaknya pada awal pagi semasa ahli keluarga yang lain masih tidur. Mayatnya telah ditemui oleh kakaknya sendiri.

Walaupun Halligan tidak meninggalkan nota bunuh diri, bapanya mengetahui tentang buli siber itu apabila dia mengakses komputer anaknya. Beliau telah memeriksa buku tahunan anaknya dahulu dan mendapati gambar pembuli-pembulinya telah diconteng termasuklah gambar budak lelaki yang berkawan dengannya dan menyebarkan khabar angin berkaitan seksualitinya. Bapanya telah mengakses komputer anaknya itu dan mula-mula mengetahui tentang buli siber apabila rakan anaknya memaklumkannya.

Apabila beliau mengetahui bahawa Ashley dipersalahkan kerana Halligan membunuh diri Halligan, Halligan menyuruh gadis tersebut datang ke rumahnya. Lelaki tersebut dilaporkan berkata kepada Ashley, "Anda melakukan perkara yang buruk, tetapi anda bukan orang yang jahat." Ashley telah muncul bersama Halligan di Primetime ABC untuk bersuara menentang buli. Walaupun Halligans berpindah dari Vermont, Ashley masih mengekalkan hubungan dengan keluarga Halligan.

Halligan kemudiannya berhadapan dengan pembuli yang memulakan khabar angin gay selepas mengetahui bahawa dia mempersendakan bagaimana Halligan membunuh dirinya sendiri. Pada mulanya, beliau sangat marah sehingga beliau ingin pergi ke rumah budak itu dan "menghancurkan budak tersebut," tetapi sempat memikirkannya semasa terperangkap dalam kesesakan. Halligan dilaporkan berkata kepada budak lelaki itu, "Anda tidak tahu berapa banyak kesakitan yang anda sebabkan kepada anak saya. Dan anda masih membuli dia walaupun dia sudah tidak berdaya serta anda masih berbohong kepada ibu bapa anda mengenainya." Tidak lama kemudian, pembuli tersebut menangis dan berulang kali meminta maaf atas perbuatannya. [7]

Halligan mahu memfaikan pertuduhan terhadap pembuli anaknya namun menurut polis tiada undang-undang yang boleh disabitkan berhubung kejadian tersebut. Halligan bertindak memaafkan budak lelaki tersebut termasuk Ashley. Halligan telah mengunjungi keluarga rakan pena anaknya yang banyak mempengaruhi anaknya untuk membunuh diri. Halligan tidak mahu remaja tersebut menggunakan perbualan bersama anaknya dahulu untuk sesuatu yang tidak baik. Bapa remaja tersebut tidak mengetahui apa-apa mengenai perbualan anaknya dengan anak Halligan sehinggalah ibu kepada remaja tersebut mengeluarkan salinan dari bawah sofa dan menunjukkannya kepada lelaki tersebut. Semasa bapa kepada rakan pena anak Halligan membaca perbualan anaknya dengan anak Halligan, si ibu telah bertindak menghalau Halligan dan berkata bahawa mereka tidak akan memberi respon yang boleh memuashakan hati Halligan. Halligan masih melayari laman web remaja tersebut yang mengandungi beberapa rujukan mengenai kematian dan bunuh diri.[4]

Halligan kemudiannyamula melobi undang-undang di Vermont untuk menambah baik cara sekolah menangani buli dan pencegahan bunuh diri. Beliau juga telah memberi syarahan di sekolah-sekolah mengenai kisah anaknya dan kesan buruk buli siber.

Vermont telah menggubal Undang-undang Dasar Pencegahan Buli pada Mei 2004 dan kemudiannya menerima pakai Undang-undang Pencegahan Bunuh Diri (Akta 114) pada tahun 2005, berikutan draf yang dikemukakan oleh bapa Halligan. Kes Halligan juga telah dipetik oleh penggubal undang-undang di negeri lain yang mencadangkan undang-undang untuk membendung buli siber. [1]

Kisah Halligan telah disiarkan menerusi program televisyen <i id="mwXQ">Frontline</i> berjudul "Growing Up Online", yang diterbitkan pada Januari 2008 oleh WGBH-TV di Boston dan diedarkan ke seluruh negara melalui PBS . Bapanya telah menceritakan rasa terkejutnya apabila mengetahui tahap penderaan yang dialami oleh anaknya itu dan berkata beliau percaya bahawa buli di Internet telah "memperkuat dan mempercepatkan lagi kesakitan yang bermula di dunia nyata." Kisah Halligan turut disiarkan dalam Oprah semasa laporan mengenai peningkatan usikan homofobik di sekolah.

Kisah Halligan juga dipaparkan dalam dokumentari Max Hechtman 2018, Stories of Strength and Hope: Preventing Youth Suicide, disokong oleh temu bual pada skrin dengan John Halligan.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Norton, Justin M. (February 21, 2007). "States Pushing for Laws to Curb Cyberbullying". Fox News. Diarkibkan daripada yang asal pada February 26, 2009. Dicapai pada 2009-05-01. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "AP" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ "Teen suicide: Greater IBMer John Halligan says there IS something we can do". Connections eMagazine. IBM. Diarkibkan daripada yang asal pada February 10, 2009. Dicapai pada 2009-05-01.
  3. ^ O'Connor, Kevin (April 5, 2010). "In grief, a father goes hunting for answers". rutlandherald.com. Diarkibkan daripada yang asal pada August 27, 2014. Dicapai pada November 4, 2012.
  4. ^ a b c d e f g Flowers, John (October 19, 2006). "Cyber-Bullying hits community". Addison County Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada April 3, 2009. Dicapai pada 2009-05-01. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "VT" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ Halligan, John (2009). "Ryan's story". Ryan's Story Presentation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-06. Dicapai pada 2010-02-21.
  6. ^ Hayes, Darren (December 17, 2014). A Practical Guide to Computer Forensics Investigations. Pearson IT Certification. m/s. 181. ISBN 978-0132756150. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 February 2018. Dicapai pada 16 February 2018.
  7. ^ "I.S. 228 Takes Proactive Approach to Stop Bullying". New York City Department of Education. 2010-11-29. Diarkibkan daripada yang asal pada March 2, 2012. Dicapai pada 2013-02-03.

Pautan luar sunting