Buran (juga: buran laut, Jawi: بورن) atau anemone laut (Jawi: انيموني لاوت‎) ialah kumpulan binatang pemangsa tergolong dalam order Actiniaria yang tinggal dalam air laut. Buran diklasifikasikan dalam filum Cnidaria, kelas Anthozoa, subkelas Zoantharia.[1] Anthozoa biasnya mempunyai polip besar untuk membenarkan penghadaman mangsa besar dan juga kurang peringkat medusa.[2] Makhluk ini serumpun dekat dengan batu karang, ubur-ubur, seriantid dan hidra dalam filum Cnidaria.

Buran
Anemone laut
Actiniaria.jpg
Pelbagai contoh buran
Pengelasan saintifik
Alam:
Haiwan
Suborder
Diversiti
46 keluarga

PeristilahanSunting

Nama "anemone laut" adalah pinjam terjemah bahasa Inggeris sea anemone diungkapkan daripada pemerhatian hidupan ini yang ada dalam pelbagai jenis warna mirip bunga genus Anemone.

MorfologiSunting

 
Plat ke-49 Kunstformen der Natur Ernst Haeckel (1904) menunjukkan pelbagai buran dikelaskan sebagai Actiniae

Bentuk tubuh buran menjambak seperti bunga[3] dengan lipatan yang bundar di antara badan dan keping mulut membahagi binatang ini ke dalam kapitulum di bahagian atas dan skapus bahagian bawah.[3] Di antara lengkungan seperti "cekak" (collar) dan dasar dari kapitulum terdapat "fossa".[4] Bahagian mulut buran bentuk mendatar, melingkar, kadang-kadang mengerut serta dilengkapi tentakel kecuali pada jenis Limnactinia.[4]

Sebahagian besar spesies ini memiliki sel nematosit yang menyengat berguna untuk melindungi dirinya dari pemangsa.[5]

HabitatSunting

Pada umumnya anemon banyak dijumpai pada daerah terumbu karang yang dangkal dan jarang dijumpai pada daerah terumbu karang yang ditutup tinggi karang batu,[6]

Kebanyakan spesies buran menempel[5] pada permukaan keras. Walau bagaimanapun, ada beberapa spesies buran dapat bergerak mirip siput mengecut regang tapak;[7] kelajuan pergerakan ini sangat perlahan sehingga tidak dapati diamati mata kasar manusia.[8] Ada juga spesies buran lain yang mudah hanyutkan diri untuk berpindah ke lokasi baharu yang ingin didiami.[8][4]

TabiatSunting

PemakananSunting

Buran memangsakan haiwan-haiwan laut sekecil (sama ada ketam, moluska ataupun ikan kecil[9]) yang boleh dijerat jika terlalu dekat sebelum dilumpuhkan sel-sel nematositnya.[1] Mulut buran dapat dibesarkan semampu boleh memuatkan mangsa ke dalam badan yang mencerna dalam ruangan gastrovaskular dengan bantuan enzim pengurai sebelum diserap oleh gastrodermis; sisa-sisa makanan yang tidak dapat dicerna dimuntahkan semula melalui mulutnya.[4]

Hubungan dengan manusiaSunting

Buran dijadikan sumber makanan dikutip beberapa masyarakat nelayan tertentu di Semporna, Sabah;[10] begitu juga dengan masyarakat Kepulauan Seribu di Indonesia yang menyediakan buran ditangkap (dengan nama "rambu-rambu") dalam cara direbus "setengah matang".[4]

Buran juga dikutip ketika tahap muda atau dewasa untuk tujuan perhiasan akuarium.[11]

RujukanSunting

  1. ^ a b "Sea anemone". Columbia Encyclopedia (ed. 6th). 2008.
  2. ^ Peter Castro & Michael E. Huber (2010). Marine Biology. New York: McGraw-Hill. m/s. 121.
  3. ^ a b (Inggeris) HICKMAN, C.P. 1967. Biology of the in-vertebrata C.V. Mosby Company. Hal 123
  4. ^ a b c d e Nurachmad Hadi; Sumadiyo. "Anemon Laut, Manfaat dan Bahayanya" (PDF). Oseana. XVII (4): 167–175.
  5. ^ a b "Anemon Laut Yang Sudah Dibudidayakan". Greenfins Indonesia. Februari 2021.[pautan putus]
  6. ^ (Inggeris) CARLGREN, 0. 1956. Actiniaria from depth exceeding 6000 m In. Scientific Result of The Danish Deep Sea Expedition Round the World 1950
  7. ^ McClendon, J.F. (January 1906). "On the locomotion of a sea anemone (Metridium marginatum)". The Biological Bulletin. 10 (2): 66–67. doi:10.2307/1535667. JSTOR 1535667.
  8. ^ a b Horton, Andy. "Sea anemones". British Marine Life Study Society. Dicapai pada 2017-07-13.
  9. ^ Ruppert, Edward E.; Fox, Richard, S.; Barnes, Robert D. (2004). Invertebrate Zoology (ed. 7th). Cengage Learning. m/s. 130–132. ISBN 978-81-315-0104-7.
  10. ^ B.H Ridzwan; M.A Kaswandi (1995). "Hidupan marin intertidal: sumber makanan penduduk daerah Semporna, Sabah". Malaysian Journal of Nutrition. 1 (2): 105–114.
  11. ^ Craig S. Shuman; Gregor Hodgson & Richard F. Ambrose (December 2005). "Population impacts of collecting sea anemones and anemone fish for the marine aquarium trade in the Philippines" (PDF). Coral Reefs. 24 (4): 564–573. Bibcode:2005CorRe..24..564S. doi:10.1007/s00338-005-0027-z. S2CID 25027153.

Pautan luarSunting