Burhanuddin Md Radzi

Burhanuddin Md Radzi adalah Pengarah Urusan , pengasas dan penerbit dari Les' Copaque Production Sdn Bhd yang menerbitkan kartun animasi 3D popular Upin & Ipin dan Pada Zaman Dahulu. Beliau diberi kepercayaan sebagai ahli Majlis Keusahawanan Pengajian Tinggi Nasional (MKPTN) selama tiga tahun (2014-2017).

Penerbit animasi sunting

Syarikat Les' Copaque ditubuhkan pada Disember 2005 bersama isterinya Hajah Ainon Ariff. Upin & Ipin dan Pada Zaman Dahulu turut disiarkan di negara jiran Indonesia. Mereka turut merancang menerbitkan kartun Puteri.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Burhanuddin biasa dijemput menyampaikan ceramah dan berkongsi pengalaman menceburi bidang IKS.[1]

Pada 2010, Burhanuddin antara 19 usahawan yang menerima anugerah daripada Pemuda UMNO. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Biro Ekonomi UMNO, Datuk Dr. Awang Adek Hussin yang mewakili Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin [2]

Rujukan sunting

  1. ^ "RTC lahirkan 617 usahawan di Kelantan". Utusan Malaysia. 27 April 2014.
  2. ^ "Pemuda UMNO iktiraf 19 usahawan". Utusan Malaysia. 18 Okt 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 2014-07-09.