Burung Bayan Tengkuk Biru

Burung Bayan Tengkuk Biru (bahasa Inggeris: Blue-naped Parrot) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Tanygnathus lucionensis. [1]

Burung Bayan Tengkuk Biru
Tanygnathus lucionensis qtl2.jpg
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
T. lucionensis
Nama binomial
Tanygnathus lucionensis

Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya "mega diversity" dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrata darat, lebih 150,000 spesies invertebrata, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.

Taburan dan ekologiSunting

Spesies ini tersebar meluas di pulau-pulau di utara dan timur Borneo (dan sebagai spesies diperkenal di Borneo itu sendiri contohnya Kota Kinabalu.) Ia juga terdapat di seluruh Filipina, termasuk kepulauan Talaud. Ia didapati dalam hutan sekunder, di tepi hutan dan di ladang-ladang pada ketinggian sehingga 1,000 meter. Saiz kawanan burung biasanya kurang dari satu dozen.

Ciri-ciriSunting

Burung Bayan Tengkuk Biru merupakan sejenis nuri saiz sederhana (31 cm), dengan keseluruhannya badannya bewarna hijau kecuali biru lembut belakang kepala dan tengkuk, biru pucat pada bahagian belakang dan bontot, bahu beralun dengan bulu pelepah perang-oren atas hitam, dan bahagian bawah sayap kehitaman dengan bulu penutup hijau bawah sayap.[2]

PembiakanSunting

Burung Bayan Tengkuk Biru membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya. Burung Bayan Tengkuk Biru memakan mangga, buah, biji, kacang dan bijirin. Ia bersarang dalam lubang pokok.[3]

PengekalanSunting

Burung Bayan Tengkuk Biru merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya. Di Filipina kehilangan habitat dan penangkapan menjadikan spesies ini jarang di kebanyakan pulau kecuali Mindoro dan Palawan.[3] Yayasan Katala telah menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan perdagangan haram burung ini di Palawan.[4]

GaleriSunting

TaksanomiSunting

Pada masa kini terdapat lima There subspesies yang diakui. Yang lain biasanya tidak dianggap rasmi.

  • T. l. lucionensis: Luzon dan Mindoro
  • T. l. hybridus: Kepulauan Polillo. Warna biru pada kepala kurang meluas, keungguan. Lebih banyak hijau pada bulu pelepah bawah.
  • T. l. salvadorii: Baki Filipina
  • T. l. horrisonus: Maratua.
  • T. l. talautensis: Talaud.


RujukanSunting

  1. ^ ENAKMEN-ENAKMEN YANG BERKAITAN DENGAN PEMULIHARAAN DI SABAH, 1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997
  2. ^ Juniper, T.; Parr, M. (1998). Parrots: A Guide to Parrots of the World. New Haven and London: Yale University Press. ISBN 0-300-07453-0.
  3. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan iucn tidak disediakan
  4. ^ "Palawan's wildlife faces extinction risk due to mining, pet trade". Mongabay. 17 September 2008.

Pautan luarSunting


Senarai burung  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z