Burung Berkek Tirok


Burung Berkek Tirok adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Gallinago megala. Burung Berkek Tirok merupakan burung bersaiz serdahana (panjang 27–29 cm, lebar sayap 38–44 cm, berat 120 gm), berparuh panjang, burung meranduk air yang berpindah-randah.

Swinhoe's snipe
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
G. megala
Nama binomial
Gallinago megala
Swinhoe, 1861

Ciri-ciri sunting

Burung Berkek Tirok ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Berkek Tirok adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Berkek Tirok tidak bergigi.

Burung Berkek Tirok boleh dikenal pasti melalui pola-kriptiknya yang bewarna perang, jambul putih dan berkilat, tetapi sukar dibezakan dari "Latham's Snipe" dan burung Berkek Bintik di lapangan. Biasanya di Korea Selatan dipanggil Cho suekyung.

Makanan sunting

Burung Berkek Tirok kebanyakannya memakan invertebrata kecil terutama cacing tanah, molusk dan serangga.

Pembiakan sunting

Burung Berkek Tirok membiak dengan bertelur. Telur Burung Berkek Tirok bercangkerang keras.

Penerbangan menunjuk-nunjuk dan menderam oleh burung Berkek Bintik jantan sebelum berpasangan dan mengawan.

Habitat sunting

Habitat pembiakan: teduhan hutan dan kawasan berumput.

Habitat bukan pembiakan: kawasan air cetek paya pelbagai termasuh sawah padi dan logi kumbahan, dengan sedikit selut atau air cetek untuk mencari makan, berhampiran dengan perlindungan belukar.

Taburan sunting

Burung Berkek Tirok membiak kebanyakannya di tengah dan selatan Siberia dan Mongolia. Keseluruhan populasi berpindah dan menghabiskan musim luar mengawan terutamanya di timur dan selatan India, Sri Lanka, tenggara China, Asia Tenggara dan New Guinea. Rekod perpindahan merangkumi di timur China, dan kadang kala di Jepun. Terdapat rekod di Australia terutamanya dari "Bahagian Atas" bagi Jajahan Utara dan barat laut Australia Barat.

Pengekalan sunting

Oleh kerana julatnya yang luas dan tiada bukti kemerosotan populasi, spesies ini dinilai sebagai kurang di bimbangkan.

Rujukan sunting

Bacaan lanjut sunting

Pengenalan sunting

  • Carey, Geoff and Urban Olsson (1995) Field Identification of Common, Wilson's, Pintail and Swinhoe's Snipes Birding World 8(5): 179-190

Pautan luar sunting


Senarai burung  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z
  1. ^ BirdLife International (2012). "Gallinago megala". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2013.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai pada 26 November 2013.CS1 maint: ref=harv (link)