Buka menu utama


Burung Belatuk Awan atau juga dikenali sebagai Burung Belatuk Tonggek atau Burung Caladi Batu merupakan salah satu daripada haiwan terlindung di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Meiglyptes tristis.[2] Ia merupakan spesies burung dalam keluarga Picidae. Ia terdapat di Brunei, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Singapore, dan Thailand. Habitat semulajadinya adalah kawasan hutan kering separa tropika atau tropika atau hutan tanah rendah lembab tropika.

Burung Belatuk Awan
Buff-rumped Woodpecker.jpg
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Aves
Order: Piciformes
Keluarga: Picidae
Genus: Meiglyptes
Spesies: M. tristis
Nama binomial
Meiglyptes tristis
(Horsfield, 1821)


Ciri-ciriSunting

Burung Belatuk Awan ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung Belatuk Awan mempunyai paruh tanpa gigi.

Jantung Burung Belatuk Awan terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

PembiakanSunting

Musim pembiakan burung Belatuk Awan di Malaysia adalah sekitar dari bulan Mac sehingga bulan April. Burung Belatuk Awan biasanya akan membuat sarang pada lubang di batang pokok dengan ketinggian sekitar 1.5 sehingga 15 meter dari aras tanah. Burung Belatuk Awan betina mampu menghasilkan dua biji telur yang bewarna putih setiap kali bertelor.

RujukanSunting

Pautan luarSunting