Burung Daun Sayap Biru

Burung Daun Sayap Biru (Chloropsis cochinchinensis) merupakan spesies burung daun yang terdapat di hutan dan hutan kedua dari Selatan Asia Tenggara Jawa sehingga timur Borneo dan timur laut India. Ia biasanya turut merangkumi burung daun Jerdon (C. jerdoni) dari Benua India, dan Burung Daun Borneo (C. kinabaluensis) dari utara Borneo sebagai spesies kecil tetapi berbeza dari segi ukuran dan morfologi, dengan burung daun Jerdon tiada warna biru pada bulu pelepah terbang, dan burung Daun Borneo betina memiliki jambul seperti jantan yang jelas. Taburan burung Daun Sayap Biru dan burung Daun Borneo diketahui menghampiri sesama sendiri tetapi tiada bukti berlaku percampuran.

Burung Daun Sayap Biru
jantan
betina
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. cochinchinensis
Nama binomial
Chloropsis cochinchinensis
Gmelin, 1789
C. c. viridinucha

Burung jantan berbadan hijau dangan kepala seiras kekuningan, muka dan leher hitam. Ia memiliki garis bibir biru. Burung betina berbeza dangan kepala lebih kehijauan dan leher biru, dan burung muda kelihatan seperti burung betina kecuali tompokan biru di leher.

Ia agak biasa sepanjang julatnya, dan dengan itu dianggap kurang membimbangkan oleh Persatuan Burung Antarabangsa ("BirdLife International").

Ia hampir menyerupai burung Daun Dada Emas ("Golden-fronted Leafbird") yang ketiadaan warna biru pada pelepah penerbangan dan ekor, sebaliknya memiliki dahi keemasan.

Sebagaimana burung Daun yang lain, panggilan burung Daun Sayap Biru terdiri daripada campuran pelbagai panggilan spesies burung yang lain.

Rujukan sunting

  • "Chloropsis cochinchinensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2006. 2006. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help)
  • Birds of India by Grimmett, Inskipp and Inskipp, ISBN 0-691-04910-6
  • Wells, D. R. (2005). Chloropsis cochinchinensis (Blue-winged Leafbird). P. 264 in: del Hoyo, J., A. Elliott, & D. A. Christie. eds. (2005). Handbook of the Birds of the World. Vol. 10. Cuckoo-shrikes to Thrushes. Lynx Edicions, Barcelona.

Pautan luar sunting


Senarai burung  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z