Enggang badak

(Dilencongkan dari Burung Enggang Badak)


Burung Enggang Badak (Jawi: اڠݢڠ بادق) (Bahasa Inggeris: Rhinoceros Hornbill) ialah salah satu daripada burung-burung enggang terbesar di dunia, yang mana burung dewasa boleh mencecah panjang 110-127 cm (43-50 inci) dan berat 2-3 kg (4.4-6.6 paun). Ia hanya terdapat di dalam hutan hujan tropika dari dataran rendah sehingga ke kawasan pergunungan tidak melebihi 1300 m dari paras laut.[1]

Enggang badak
frames
Pengelasan saintifik

Nama saintifiknya ialah Buceros rhinoceros. [2] Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu. [3] Ia juga pernah direkodkan oleh Alfred Russel Wallace di Sarawak pada tahun 1855, semasa lawatan beliau ke pulau Borneo.[4]. Di Sarawak, spesies ini dikenali sebagai Kenyalang.[5] Ia merupakan burung rasmi negeri Sarawak.[6] Bagi sesetengah penduduk Dayak Iban, burung Enggang Badak atau Kenyalang mewakili Dewa Perang mereka, iaitu Sengalang Burong yang merupakan jelmaan Helang Merah.

TaburanSunting

Burung Enggang Badak atau juga dikenali sebagai burung Kenyalang di Sarawak, boleh didapati di kepulauan Borneo (Sarawak, Sabah, Brunei, dan Kalimantan), Semenanjung Malaysia, selatan Thailand, Sumatera, dan Pulau Jawa.[7]

Ciri-ciriSunting

Burung jantan memiliki cincin mata berwarna jingga atau merah, dan burung betina mempunyai cincin mata keputihan. Burung ini memiliki paruh kebanyakannya berwarna putih krim dan "tanduk" (dalam Bahasa Inggeris ialah casque) yang hampir menyerupai rupabentuk tanduk Badak Sumbu. Tanduk ini terdapat warna kuning bata dan merah-jingga. Ia mempunyai dada dan kepak hitam, dan perut putih. Ekornya berwarna hitam dan putih.

PembiakanSunting

Mengawan dan berpasangan bagi burung ini adalah amat penting, kerana burung betina perlu mempercayai burung jantan bagi membekalkan semua perkara ketika ia mengeram dan membesarkan anak. Burung enggang ini membina sarang di dalam batang pokok, dimana burung betina tinggal di dalamnya bersama telur, sementara burung jantan membawa makanan kepada burung betina dan anak-anaknya.

Selepas bertelur, burung jantan akan mengambil lumpur dan pasangan tersebut akan menggunakan lumpur dan najis bagi menutup bukaan masuk ke sarang. Ini meninggalkan bukaan kecil, hanya muat bagi burung jantan memberi makanan kepada burung betina (dan kemudian anak burung) dan bagi burung betina membuang najis keluar melalui lubang kecil tersebut. Apabila anaknya cukup besar (sudah mempunyai bulu), bagi meninggalkan sarang, burung jantan dan betina mematuk lumpur kering untuk keluar. Burung Enggang badak makan buah-buahan, serangga, reptilia kecil, tikus, dan burung kecil.

PengekalanSunting

Burung Enggang Badak merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan dilarang menangkap dan membunuhnya.[8]

GaleriSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting