Burung Lang Kanguk

(Dilencongkan dari Burung Lang Kangok)


Burung Lang Kanguk atau nama saintifiknya Ichthyophaga nana/Ichthyophaga humilis[2] merupakan sejenis burung pemangsa.

Burung Lang Kanguk
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
I. nana
Nama binomial
Ichthyophaga nana /Ichthyophaga humilis

Burung Helang Kangok atau Lang Kangok (bahasa Inggeris: Lesser Fish-Eagle) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia.

Taburan sunting

Burung Helang Kangok (Ichthyophaga humilis ) merupakan spesies fish eagle besar yang terdapat di Subbenua India, terutamanya di kaki gunung Himalaya. Terdapat laporan perayau di Gujarat dan India Tengah dan lebih terkini di lembah sungai Kaveri di selatan India. Taburan di selatan India belum disahkan. Ia juga terdapat dalam jumlah yang kecil di negara lain di barat daya Asia.

Dua spesies kecil Ichthyophaga nana di Semenanjung Malaysia, Borneo, Sulawesi dan selatan Moluccas dan ; Ichthyophaga nana plumbea: tenggara Kashmir sepanjang India, Nepal ke Burma, utara IndoChina, dan Hainan.

Burung Lang Kanguk mendiami berhampiran sungai berhutan tebal luas, tasik, dan tanah paya, kebanyakannya di kawasan di bawah 1,000 m. Dengan sedikit pertindanan, Grey-headed Fish Eagle mendiami kawasan tanah paya bertakung dan lesu, dengan Lang Kanguk mendiami kawasan sepanjang sungai bukit (Fuchs et al. 2007). Spesies ini sering bertenggek di dahan mati terdedah berhampiran sungai, atau di rimbunan bayangan air. Kadang kala melayang bersendirian atau berpasangan (Coates and Bishop 1997). more....

Makanan sunting

Fail:GB Lesser fish eagle at Ranganathittu, India.jpg
Di tebing sungai Kaveri, India

Burung Helang Kepala Kelabu merupakan seekor burung pemangsa. Burung Lang Kanguk makan ikan yang disambar dari air dengan menjunam dari tenggekan, biasanya dahan terjuntai dari pokok besar, kadang kala batu ditengah air (Coates and Bishop 1997, Wells 1999). Kedua spesies Ichthyophaga memiliki cakar melengkung kuat seperti Osprey, pengkhususan bagi menangkap ikan (Poole 1989), tetapi yang tiada bagi Haliaeetus.

Pembiakan sunting

Sebagai burung, Burung Helang Kangok membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Ia kelihatannya jarang sepanjang julatnya, terutama di benua India, kemungkinannya kerana kehilangan habitat berhutan sepanjang sungai, pemendakan, lampau menangkap ikan, peningkatan ganguan manusia di laluan air, dan gangguan langsung (ditembak dan penjarahan sarang) (Round 1988, Clark 1994, Fuchs et al. 2007). Genus ini berkait rapat dengan Haliaeetus, yang merangkumi beberapa spesies yang menunjukkan kelemahan pada penipisan telor disebabkan-DDE, dengan itu faktor ini perlu dipertimbangkan bagi tujuan pengekalan (lihat Naoroji 1995, 1997). Categorized globally as Near Threatened by BirdLife International.

Perlindungan sunting

Burung Lang Kanguk merupakan burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia. [3]

Rujukan sunting

  1. ^ BirdLife International (2012). "Ichthyophaga humilis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2013.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai pada 26 November 2013.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ ENAKMEN-ENAKMEN YANG BERKAITAN DENGAN PEMULIHARAAN DI SABAH, 1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997[pautan mati kekal]
  3. ^ "Protection of Wild Life Act 1972" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-02-21. Dicapai pada 2012-06-17.