Kuang-Cermin Melayu

(Dilencongkan daripada Burung Merak Pongsu)

Kuang-Cermin Melayu, Merak pongsu atau kuang pongsu (nama saintifik: Polypectron malacense)[3][4][5] tinggal di hutan-hutan tanah pamah dan sungai Semenanjung Malaysia.[6] Pada suatu ketika, spesies ini amat biasa ditemukan di Malaysia dan Thailand serta juga dilaporkan di Myanmar, Singapura, dan Sumatera, walau bagaimanapun, ia telah hilang dari kebanyakan taburannya kini.

Kuang-Cermin Melayu
Jantan dewasa di Taman Burung Jurong, Singapura
CITES Appendix II (CITES)[2]
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. malacense
Nama binomial
Polypectron malacense
(Scopoli, 1786)
Sinonim

Pavo malacensis Scopoli, 1786
Polyplectron bicalcaratum (non Linnaeus, 1758: preoccupied)[pengesahan diperlukan]
Polyplectron malacense malacense (Scopoli, 1786)

Burung ini dalam kumpulan asas genus Polypectron bersama-sama kuang cermin Borneo — spesies kembarnya — dan kuang merak Palawan yang lebih jauh kaitannya, penyebarannya mungkin berlaku pada Zaman Pliosen.[7] Pada masa dahulu, kuang cermin Borneo biasanya dianggap sebagai salah satu subspesies kuang pongsu.

Jumlah burung ini berkurangan akibat kehilangan habitat yang berterusan serta taburan yang terhad, ia dinilaikan sebagai spesies burung terancam genting dalam Senarai Merah IUCN untuk Spesies Terancam, dan tersenarai dalam Lampiran II CITES.

Ciri-ciri

sunting

Saiz Burung Merak Pongsu sederhana antara 40 - 53 sentimeter panjangnya. Warna bulunya keperang-perangan dengan bintik-bintik hitam, dan jambulnya yang panjang berwarna hijau biru tua. Kulit mukanya yang botak berwarna merah, dengan iris matanya berwarna putih kebiru-biruan. Oselus bulu-bulu tubuh atasan berwarna hijau, dan ekor Burung Merak Pongsu mempunyai 22 lembar bulu.

Burung Merak Pongsu betina mempunyai bulu pelepah seperti burung jantan tetapi warnanya lebih pudar. Ia juga mempunyai ekor yang lebih pendek, muka berwarna kuning kemerah-merahan, serta tompok hitam yang samar-samar pada sekeliling matanya.

Tabiat

sunting

Burung Merak Pongsu merupakan sejenis haiwan pemalu dan jarang kelihatan. Amat jarang burung Merak Pongsu dijumpai dalam kumpulan kecil, tetapi sebaliknya berkeliaran secara bersendirian atau berpasangan.

Burung Merak Pongsu mengawan dari bulan Februari hingga akhir bulan Julai biasanya dalam musim buah, di mana burung Merak Pongsu akan menjadi aktif dan bising. Bunyi Merak jantan bagaikan ayam berkokok yang bising, seakan-akan suara jeritan kuat dan siulan lantang yang merdu. Di Taman Negara, burung Merak Pongsu boleh dijumpai di salah satu laluan sepanjang hutan rimba.

Burung Merak Pongsu merupakan haiwan bukan pemangsa, dengan makanan utamanya terdiri daripada bijirin, dan serangga kecil.

Sebagai burung, burung Merak Pongsu membiak dengan cara mengeluarkan telur yang mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Rujukan

sunting
  1. ^ Aik, Y.C.; Davison, G.; Eaton, J. (2022). "Polyplectron malacense". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2022: e.T22679385A137837773. Dicapai pada 4 Februari 2023.
  2. ^ "Appendices". CITES. Dicapai pada 4 Februari 2023.
  3. ^ McGowan, Philip J. K.; Kirwan, Guy M. (2020). "Malayan Peacock-Pheasant (Polyplectron malacense)". Birds of the World. doi:10.2173/bow.mapphe1.01. Dicapai pada 4 February 2023.
  4. ^ "Merak Pongsu". Burung. Zoo Taiping. 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2016.
  5. ^ Jeyarajasingam, Allen (2012). A Field Guide to the Birds of Peninsular Malaysia and Singapore (ed. kedua). New York, Amerika Syarikat: OUP Oxford. m/s. 79. ISBN 978-0-19-963942-7.
  6. ^ Farquhar, William (2010). Dozier, Laura (penyunting). Natural History Drawings: The Complete William Farquhar Collection : Malay Peninsula, 1803-1818. Singapura: Editions Didier Millet. m/s. 204. ISBN 9789814217699.
  7. ^ Perhatikan bahawa kaedah penentukuran jam molekul yang digunakan oleh Kimball et al. (2001) kini diketahui tidak sesuai, dan memberikan anggaran yang terlalu rendah untuk jumlah burung galiform.
  • "Polyplectron malacense". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Kemasukan pangkalan data termasuk peta taburan, justifikasi ringkas tentang mengapa spesies ini rentan, dan kriteria yang digunakan.
  • Kimball, Rebecca T.; Braun, Edward L.; Ligon, J. David; Lucchini, Vittorio & Randi, Ettore (2001): A molecular phylogeny of the peacock-pheasants (Galliformes: Polyplectron spp.) menunjukkan kehilangan dan pengurangan trait hiasan serta tingkah laku peragaan. Jurnal Biologi Persatuan Linnean 73(2): 187–198. (petikan HTML)

Pautan luar

sunting