Burung Merbah

spesies burung


Burung Merbah (bahasa Inggeris: Hook-billed Butbul) ialah burung yang endemik di kepulauan Borneo. Nama sainsnya Setornis criniger. [1]

Burung Merbah
Pengelasan saintifik

Jenis-jenis Burung Merbah sunting

  1. Burung Merbah Batu
  2. Burung Merbah Belukar
  3. Burung Merbah Beringin
  4. Burung Merbah Berjanggut
  5. Burung Merbah Bersisik
  6. Burung Merbah Gila
  7. Burung Merbah Gila Gunung
  8. Burung Merbah Jambul Hitam
  9. Burung Merbah Kapur
  10. Burung Merbah Kelabu
  11. Burung Merbah Kunyit
  12. Burung Merbah Lorek Gunung
  13. Burung Merbah Mata Merah
  14. Burung Merbah Mata Putih
  15. Burung Merbah Rimba
  16. Burung Merbah Sampah Kuning
  17. Burung Merbah Suti
  18. Burung Merbah Tanduk
  19. Burung Merbah Telinga Lurus
  20. Burung Merbah Telinga Merah
  21. Burung Merbah Tengkuk Belang
  22. Burung Merbah Jambul Hitam

Taburan sunting

Burung Merbah hanya terdapat di Borneo (termasuk Sabah and Sarawak, Malaysia, Brunei, and Kalimantan, Indonesia) serta kepulauan Indonesia di Sumatra dan Bangka. Populasinya tidak dapat ditentukan dengan tepat kerana ketiadaan maklumat yang lengkap.

Ciri-ciri sunting

Berukuran 19-20 sm. Tinggal di kawasan hutan. Warna bulu pelepahnya kusam, coklat pada tengkok dan keseluruhan belakang. Bahagian mukanya berwarna putih, berjalur hitam dan bermisai pada alis mata serta pipi yang kelabu. Dada serba putih pudar dengan dikelilingi jalur kelabu pada rusuk. Siulannya sayup dan kicauannya garau “krrruukk”. Paruhnya keras dan mempunyai cangkuk. Terdapat spesies yang hampir serupa, seperti Puff-backed Bulbul Pycnonotus eutilotus, yang juga mempunyai bulu ekornya berwarna putih, tetapi ia lebih gelap coklat dan dadanya lebih cerah, mata kemerahan dan tidak mempunyai alis mata serta jalur.

Pembiakan sunting

Sebagai burung, Burung Merbah membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Pengekalan sunting

Burung Merbah merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan tersenarai sebagai Terdedah dalam IUCN Red List of Threatened Species.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting


Senarai burung  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z