Burung Pergam Rawa adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Ducula bicolor. Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu. [1]

Burung Pergam Rawa
frames
Pengelasan saintifik

Ciri-ciriSunting

Burung Pergam Rawa ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Pergam Rawa ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Pergam Rawa tidak bergigi.

MakananSunting

Makanan burung pergam rawa adalah sama seperti apa yang dimakan oleh burung punai iaitu buah halban, ara/jejawi, mengkirai, gucil yang mana banyak terdapat di hutan-hutan tropika. Ianya berbuah sepanjang tahun dan tidak bermusim.

GallerySunting

PembiakanSunting

Burung Pergam Rawa membiak dengan bertelur. Telur Burung Pergam Rawa bercangkerang keras.

HabitatSunting

Burung Pergam Rawa biasanya hidup di hutan sub sekunder. Melalui analisa tahun 1990-2017 jumlah populasi burung ini dilihat semakin berkurang. Hal ini berpunca daripada pemburuan tidak terkawal oleh masyarakat setempat. Menjelang tahun 2025 burung ini dijangka tidak akan kelihatan lagi di berberapa kawasan seperti Terengganu, Pahang, Kelantan dan Kedah.

RujukanSunting

  • BirdLife International (2004). Ducula bicolor. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2006. IUCN 2006. www.iucnredlist.org. Dicapai pada 11 May 2006. Database entry includes justification for why this species is of least concern
  • Frith, H.J. (1982). Pigeons and Doves of Australia. Rigby.
  • Grimmett, Birds of India, Inskipp and Inskipp, ISBN 0-691-04910-6
  • Pizzey and Knight, "Field Guide to the Birds of Australia", Angus & Robertson, ISBN 0-207-19691-5
  • Trounsen and Trounsen, "Australian Birds: A Concise Photographic Field Guide, Cameron House. ISBN 1-875999-47-7.

Pautan luarSunting


Senarai burung  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z