Burung Puchong Gelam

Burung Puchong Gelam (bahasa Inggeris: Schrenck's Bittern) ialah sejenis burung pucung yang kecil yang membiak di China dan Siberia antara bulan Mac hingga Julai, dan di Jepun antara bulan Mei hingga Ogos. nama saintifiknya adalah Ixorbrychus eurhythmus[1], [2]. Burung ini menghabiskan musim sejuknya di Indonesia, Filipina, Singapura, dan Laos, tetapi melepaskan kawasan-kawasan yang lain di Asia Tenggara.

Burung Puchong Gelam
Ixobrychus eurhythmus by OpenCage.jpg
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
I. eurhythmus
Nama binomial
Ixorbrychus eurhythmus
Swinhoe, 1873

Burung Puchong Gelam merupakan spesies yang kecil, dengan panjangnya 38 sentimeter. Lehernya pendek, dengan paruh panjang dan kaki yang berwarna kuning. Burung jantan berwarna perang berangan sama rata pada bahagian atas, dan kuning pucat di bahagian bawah serta bahagian bawah sayapnya. Burung betina dan anak burung berwarna perang berangan pada keseluruhannya, dengan bintik-bintik putih di bahagian atas serta jalur putih di bahagian bawah. Semasa terbang, ia menonjolkan bulu terbang dan ekor yang berwarna hitam.

Habitat pembiakannya kawasan yang bermensiang. Burung Puchong Gelam amat sukar dilihat kerana gaya hidupnya yang terhendap-hendap serta habitatnya yang bermensiang, tetapi burung-burung ini cenderung muncul pada waktu senja ketika ia dapat dilihat mendekati mangsanya secara diam-diam.

Burung Puchong Gelam banyak didapati di taburannya, dan telah dinilai sebagai paling kurang menimbulkan kebimbangan dalam Senarai Merah IUCN bagi Spesies Terancam.

PerlindunganSunting

Burung Puchong Gelam merupakan burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia. [3]

RujukanSunting

  1. ^ AKTA PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR 1972 ( Akta 76 ), JADUAL 3, BURUNG-BURUNG LIAR YANG DIPERLINDUNGI SEPENUHNYA
  2. ^ (Melayu) Senarai burung di Kuala Gula – format DOC Diarkibkan 2010-03-08 di Wayback Machine
  3. ^ "Protection of Wild Life Act 1972" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-02-21. Dicapai pada 2012-06-23.
  • "Ixobrychus eurhythmus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Kemasukan pangkalan data termasuk justisfikasi tentang mengapa burung ini tidak menimbulkan banyak kebimbangan.

Pautan luarSunting


Senarai burung  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z