Burung Sekendi Kepala Hitam

Burung Sekendi Kepala Hitam (bahasa Inggeris: Black-headed Ibis) ialah salah satu spesies burung randuk daripada famili Threskiornithidae yang membiak di bahagian selatan Asia dari India dan Sri Lanka ke Jepun. Nama sainsnya Threskiornis melanocephalus.

Burung Sekendi Kepala
Hitam
Berhampiran Salai, Uttar Pradesh, India
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
T. melanocephalus
Nama binomial
Threskiornis melanocephalus
(Latham, 1790)

Burung Sekendi Kepala Hitam membina sarang daripada dahan-dahan di atas pokok dan mengeluarkan dua hingga empat biji telur. Burung ini biasa terdapat di tanah lembap daratan yang berpaya serta di pantai, dan makan berbagai-bagai jenis ikan, katak, dan haiwan air yang lain, serta serangga.

Panjang burung dewasa biasanya sehingga 75 sentimeter, dengan warna kelabu di beberapa bahagian sayapnya. Kepala yang tidak berbulu, dan leher serta kaki burung ini berwarna hitam. Paruh yang lengkok dan tebal berwarna kuning muram. Kedua-dua jantina burung dewasa kelihatan sama sahaja, tetapi warna leher untuk anak burung ini adalah lebih putih dan paruhnya berwarna hitam.

Rujukan sunting

  • "Threskiornis melanocephalus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2006. 2006. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Kemasukan pangkalan data termasuk alasan ringkas tentang mengapa spesies ini hampir terancam.
  • Grimmett, Inskipp and Inskipp; Birds of India (Burung-burng India). ISBN 0-691-04910-6
  1. ^ "Threskiornis melanocephalus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2013.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. 2012. Dicapai pada 26 November 2013.CS1 maint: ref=harv (link)