Tukang padang (burung)

(Dilencongkan dari Burung Tukang Padang)

Tukang padang (Caprimulgus affinis), atau tukang belukar, ialah spesies tukang yang terdapat di Asia Selatan dan Tenggara. Lapan subspesies telah diiktiraf: C. a. monticolus, C. a. amoyensis, C. a. stictomus, C. a. affinis, C. a. timorensis, C. a. griseatus, C. a. mindanensis dan C. a. propinquus.[2] Habitat semulajadinya ialah hutan terbuka dan kawasan semak belukar.[3] Panjangnya kira-kira 25 cm (9.8 in). Bahagian atasnya berwarna kelabu keperangan dan bervermikulasi, dengan bintik-bintik perang pucat. Bahagian bawahnya berwarna perang dengan sorotan.[4] Tukang padang bersifat nokturnal dan dikenali dengan ciri-ciri seruan kicauan yang kuat, terutamanya berbunyi ketika berterbangan pada waktu petang.[4] Ciri-ciri akustiknya berubah dan boleh diprasuai berdasarkan habitatnya.[5] Senarai Merah IUCN telah menilai spesies tersebut sebagai "Kurang Membimbangkan" kerana ia mempunyai julat yang besar dan trend populasinya stabil.[1]

Tukang padang
Calls of C. a. monticolus (Rajasthan)
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Caprimulgiformes
Keluarga: Caprimulgidae
Genus: Caprimulgus
Spesies:
C. affinis
Nama binomial
Caprimulgus affinis
Horsfield, 1821

Rujukan sunting

  1. ^ a b BirdLife International (2016). "Caprimulgus affinis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22689985A93255114. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22689985A93255114.en. Dicapai pada 11 November 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "iucn status 11 November 2021" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Gill, F; D Donsker (penyunting). "Frogmouths, Oilbird, potoos & nightjars". IOC World Bird List Version 6.3. Dicapai pada 30 September 2016.
  3. ^ Grimmett, Richard; Inskipp, Carol; Inskipp, Tim (2013). Birds of the Indian Subcontinent. Bloomsbury Publishing. m/s. 228. ISBN 9781408162644.
  4. ^ a b Myers, Susan (2016). Wildlife of Southeast Asia. Princeton University Press. m/s. 78. ISBN 9781400880720.
  5. ^ Liang, Shih-Hsiung; Walther, Bruno Andreas; Jen, Chia-Hung; Chen, Chao-Chieh; Chen, Yi-Chih; Shieh, Bao-Sen (2020-10-23). "Acoustic preadaptation to transmit vocal individuality of savanna nightjars in noisy urban environments". Scientific Reports. 10 (1). doi:10.1038/s41598-020-75371-4. ISSN 2045-2322.