Burung botak upih

(Dilencongkan dari Burung Upih)

Burung botak upih (nama saintifik: Mycteria cinerea[2]) ialah burung randuk besar yang tergolong dalam famili burung botak, Ciconiidae. Spesies ini hidup di Kemboja, dan Semenanjung Malaysia serta juga di pulau-pulau Indonesia seperti Sumatera, Jawa, Bali, Sumbawa, Sulawesi, dan Buton.

Burung botak upih
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
M. cinerea
Nama binomial
Mycteria cinerea
Raffles, 1822

Burung ini tergolong dalam spesies terjejas, akibat kehilangan habitat pantai, pemburuan, serta perdagangan.

Ciri-ciri sunting

Burung ini mencapai ketinggian antara 91–97 sm.[3] Kepak burung berukuran selebar antara 435–500 mm[4][5] dan ekor berukuran panjang antara 145–170 mm.[3]

Rupa kedua-dua jantina kelihatan serupa. Badan burung berbulu putih keseluruhannya kecuali pada bulu-bulu kepak terbang dan ekor yang hitam kehijauan.[3][5] Bulu-bulu ini diperhatikan menguning semasa musim membiak sebelum menghilang berikutan mengawan.[6][3][7] Rona warna bulu semakin memudar di setiap lapisan dalam.[6][3]

Kulit muka burung kekelabuan bertompok hitam tidak tentu tempat.[3] Muka ini bertukar warna memerah gelap dengan lorek hitam pada batang paruh dan gelang merah keliling biji mata.[6][3][7] Paruh burung ini tidak bergigi.

Tabiat sunting

Pemakanan sunting

Burung ini memakan beberapa jenis ikan termasuk ikan belacak dan ikan bandeng. Udang dan katak juga diburu dan dimakan.

Pembiakan sunting

Telur dihasilkan burung ini bercangkerang keras.

Perlindungan sunting

Burung ini merupakan spesies dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia. [8]

Rujukan sunting

  1. ^ BirdLife International (2008). Mycteria cinerea. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 30 January 2009. Database entry includes a range map, a brief justification of why this species is vulnerable, and the criteria used
  2. ^ (Melayu) Senarai burung di Kuala Gula – format DOC Diarkibkan 2010-03-08 di Wayback Machine
  3. ^ a b c d e f g Hancock JA, Kushlan JA, Kahl, MP. (1992). Storks, Ibises and Spoonbills of the World. Academic Press.
  4. ^ Delacour J, Jabouille P. (1931).Les oiseaux de I’Indochine Francaise, 1–4. Paris: Exposition Coloniale Internationale.
  5. ^ a b Kuroda N. (1936). Birds of the Island of Java. Tokyo.
  6. ^ a b c Kahl M. P. (2008). "Comparative ethology of the Ciconiidae. The wood-storks (Genera Mycteria and Ibis)". Ibis. 114: 15–29. doi:10.1111/j.1474-919X.1972.tb02586.x.
  7. ^ a b Elliot A. (1992). "Family Ciconiidae (storks)", pp. 436–465 in del Hoyo J, Elliot A, Sargatal J. (eds.) Handbook of the birds of the world. Vol. I. Lynx Edicions, Barcelona.
  8. ^ "Protection of Wild Life Act 1972" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-02-21. Dicapai pada 2012-07-04.


Pautan luar sunting