Burung camar batu

spesies burung

Burung camar batu (nama saintifik: Onychoprion anaethetus,[3] bahasa Inggeris: bridled tern) ialah salah satu daripada burung yang terdapat di lautan tropika termasuk di Malaysia; burung ini banyak terdapat di Semenanjung Malaysia.

Burung camar batu
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
O. anaethetus
Nama binomial
Onychoprion anaethetus
(Scopoli, 1786)
Sinonim

Sterna anaethetus Scopoli, 1786[2]

Telur burung camar batu

Burung ini merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.

Ciri-ciri

sunting

Burung Camar Batu mempunyai bahagian atas yang berwarna kelabu kehitaman, kepalanya hitam, dengan satu jaluran putih daripada paruh hingga ke matanya. Bahagian bawahnya berwarna putih, sementara paruh dan kakinya berwarna hitam. Panjangnya 14 inci. Di Malaysia, burung ini hanya didapati membiak di pulau yang terpencil sahaja. la boleh ditemui di perairan pantai selepas musim pembiakan tetapi pada kebiasaannya ia terdapat di lautan terbuka.

Jantung Burung Camar Batu terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan

sunting

Sebagai burung, Burung Camar Batu membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Burung Camar Batu bertelur secara berkawan dalam beberapa ratus sarang burung pada pertengahan bulan Jun di atas timbunan tanah yang tandus. Burung Camar Batu mengeluarkan bunyi teriakan yang sungguh mengelirukan bagi menghalau penceroboh menghampiri kumpulannya. Burung Camar Batu hanya bertelur sebiji, telur ini ditinggalkan samada di atas satu birai yang lebar dan rendah terletak beberapa kaki dari atas paras air, atau di dalam lubang yang cetek yang dibuatnya di dalam tanah yang gembur, di antara rimbunan rumput yang tebal. Telurnya berbintik-bintik dan berceloreng di seluruh permukaannya dengan warna coklat dan ungu pucat. Saiz puratanya 1.8 x 1.3 inci.

Rujukan

sunting
  1. ^ BirdLife International (2019). "Onychoprion anaethetus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2019: e.T22694730A154676367. doi:10.2305/IUCN.UK.2019-3.RLTS.T22694730A154676367.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ ENAKMEN-ENAKMEN YANG BERKAITAN DENGAN PEMULIHARAAN DI SABAH, 1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997[pautan mati kekal]
  3. ^ Bridge, E. S.; Jones, A. W.; Baker, A. J. (2005). "A phylogenetic framework for the terns (Sternini) inferred from mtDNA sequences: implications for taxonomy and plumage evolution" (PDF). Molecular Phylogenetics and Evolution. 35: 459–469. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 20 Julai 2006.

Pautan luar

sunting


Senarai burung  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z