Buka menu utama

Bustanus al-Salatin (judul lengkapnya Bustan al-Salatin fi Dhikr al-Awwalin wa 'l-Akhirin) atau yang membawa erti Taman Raja-raja merupakan sebuah kitab hasil karangan Nuruddin al-Raniri yang dihasilkan pada tahun 1636.[1] Ia merupakan salah satu hasil kesusteraan Melayu klasik.


Bab dalam Bustan al-SalatinSunting

  • Bab I: Mengisahkan kejadian tujuh petala langit dan bumi, kejadian Nur Muhammad, malaikat, jin dan iblis. Bab ini terdiri daripada sepuluh fasal.
  • Bab II: Menyatakan kisah nabi-nabi daripada Nabi Adam `alaihi'l-salam hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Juga kisah tentang raja-raja Parsi, Byzantium, Mesir dan Arab. Terdiri daripada tiga belas fasal semuanya.
  • Bab III: Menyatakan segala raja yang adil dan wazir yang berakal. Bab ini terdiri daripada enam fasal.
  • Bab IV: Menyatakan segala raja yang bertapa dan wali-wali yang salihin. Bab ini terdiri daripada dua fasal.
  • Bab V: Mengisahkan segala raja yang zalim dan wazir yang aniaya. Bab ini terdiri daripada dua fasal.
  • Bab VI: Mengisahkan segala orang yang murah lagi mulia dan segala orang yang berani dan besar. Bab ini terdiri daripada dua fasal.
  • Bab VII: Mengemukakan berbagai-bagai hal dalam lima fasal termasuk tentang akal, ilmu dan firasat dan kifarah, ilmu tabib, segala sifat yang ada pada perempuan dan setengah daripada segala hikayat yang ajaib dan ghairah.[2]

RujukanSunting

Pautan luarSunting