Buka menu utama

Pulau Buton

(Dilencongkan dari Buton)

Buton ialah sebuah pulau yang terletak di sebelah tenggara Kepulauan Sulawesi, Indonesia. Pada zaman dahulu, di daerah ini pernah berdirinya sebuah kerajaan yang digelar Buton yang kemudian berkembang menjadi Kesultanan Buton.

Buton
Geografi
LokasiAsia Tenggara
Koordinat5°3′S 122°53′E / 5.050°S 122.883°E / -5.050; 122.883
Pentadbiran
Indonesia
Demografi
Populasi500,000

SejarahSunting

Rencana utama: Kesultanan Buton

Buton dikenali dalam sejarah Indonesia kerana telah tercatat dalam naskhah Nagarakretagama karya Prapanca pada tahun 1365 Masihi dengan menyebut "Buton" atau "Butuni" sebagai Negeri (Desa) Keresian atau tempat tinggal para resi di mana terdapatnya sebuah taman yang didirikan dalam lingga serta saluran air. Rajanya digelar Yang Mulia Mahaguru. Nama "Pulau Buton" juga telah dikenali sejak zaman pemerintahan Majapahit. Patih Gajah Mada dalam Sumpah Palapa, juga menyebut nama Pulau Buton.

GeografiSunting

Bandar terbesar di pulau ini ialah Bau-Bau, di mana bahasa Wolio dan Cia-Cia dituturkan. Pulau berdekatan termasulah Wowoni (utara), Muna dan Kabaena (barat) dan Siumpu (barat daya). Kepulauan Tukang Besi pula terletak di timur, dan dipisahkan dengan Buton oleh Teluk Kolowana Watabo. Pulau Batuatas terletak di selatan pulau ini.

Juga Laluam Bouton (namanya ketika itu) merupakan lokasi pandu arah antara-pulau yang peting di utara Laut Flores.[1]

RujukanSunting

  1. ^ Goodall, George (Editor)(1943) Philips' International Atlas London, George Philip and Son map 'East Indies' m/s.91-92

Pautan luarSunting