Buyong Adil

sejarawan

Yusuf bin Adil atau lebih dikenali sebagai Buyong Adil atau Buyung Adil (27 Januari 1907 – 31 Ogos 1976)[1] merupakan seorang guru dan penulis buku sejarah. Beliau berasal dari Teluk Intan, Perak, Malaysia.

Pendidikan sunting

Bersekolah di Sekolah Melayu Teluk Anson dan memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Cikgu sejarah Abdul Hadi Hassan menjadi sumber inspirasi beliau untuk menulis sejarah. Semasa pemerintahan tentera Jepun, dia mengikuti kursus perguruan di Tokyo Syihan Gakko, Kajang iaitu Sekolah Menengah Tinggi Kajang, kini.

Selepas British datang semula, dia menjadi guru besar di Ipoh dan aktif dalam Perikatan Melayu Perak. Kegiatan beliau tidak disenangi oleh British lalu dia dihantar ke Singapura sebagai Ketua Siaran Sekolah-Sekolah Melayu, Radio Malaya pada 1 Mac 1950. Pada 1952 dia bersara dan dilantik sebagai Ahli Perkhidmatan Awam di Singapura (1963 – 1969)

Beliau meninggal dunia pada 31 Ogos 1976.[2]

Penulisan sunting

  1. Sejarah Sarawak; DBP, 1981.
  2. Perjuangan orang Melayu menentang penjajahan: abad ke 15-19 DBP, 1983.
  3. Sejarah Kedah DBP, 1981 ; Semakan 2020
  4. Sejarah Perak DBP, 1981 ; Semakan 2020
  5. Sejarah Pahang DBP, 1981
  6. Sejarah Perlis DBP, 1981 ; Semakan 2020
  7. Sejarah Negeri Sembilan DBP, 1981 ; Semakan 2020
  8. Sejarah Melaka DBP,1981 ; Semakan 2020
  9. Sejarah Terengganu DBP, 1981 ; Semakan 2020
  10. Sejarah Selangor DBP, 1981 ; Semakan 2020
  11. Sejarah Sabah DBP, 1981 ; Semakan 2020
  12. Sejarah Singapura DBP, 1981 ; Semakan 2020

Rujukan sunting

  1. ^ Putri ‘Alia Mursyidah bt Rosly (26 Februari 2017). "Buyong bin Adil – The Prominent Malay Historian" [Buyong bin Adil – Sejarawan Melayu Terkemuka]. HistoriaFactory (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-28. Dicapai pada 28 Ogos 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ "Cikgu Buyong Adil meninggal dunia". Utusan Malaysia. 1 September 1976.
  • Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, DBP, hlm 522